berita

[VIDEO] Atlet Tinju Berusia 15 Tahun Meninggal Dunia Ketika Perlawanan

September 14th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang atlet tinju Indonesia meninggal dunia dalam satu perlawanan di Auditorium Universiti Darul Ulum Jombang, Jawa Timur di Indonesia pada Selasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Juruterbang Maut Selepas Pesawat ‘Gender Reveal’ Terhempas

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni

Artikel Berkaitan: Ketua Kampung Rebah & Meninggal Dunia Ketika Berdangdut Atas Pentas

Meninggal dunia dalam perlawanan tinju

Mangsa iaitu Farhat Mika Rahel Riyanto yang berusia 15 tahun maut selepas berdepan dengan lawannya, Putu Nandi Keswara. Menerusi video tular tersebut, mangsa dilihat gagal mengelak tumbukan pihak lawan sebelum rebah di atas gelanggang tersebut.

Perlawanan tersebut dihentikan dan mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, Farhat diserang penyakit sawan semasa dalam perjalanan ke hospital namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat pendarahan di kepala mangsa.

Lebih menyedihkan apabila sebelum kejadian, mangsa dikatakan sempat memuat naik status di WhatsApp meluahkan keinginannya untuk membahagiakan kedua orang tuanya.

Sementara itu, keluarga mangsa reda dengan pemergian tersebut kerana percaya ianya adalah takdir yang telah ditetapkan buat mereka.

Video


Sumber: Jateng Tribunnews, Acheh Tribunnews

SKIP THIS AD ×