berita

[VIDEO] Juruterbang Maut Selepas Pesawat ‘Gender Reveal’ Terhempas

September 4th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Seorang juruterbang maut selepas pesawat yang dipandunya terhempas dalam pesta di Maxico, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Juruterbang Meninggal Dunia Di Tandas Pesawat, 271 Penumpang Terselamat

Pesawat hilang kawalan

Memetik laporan Marca, kejadian itu berlaku ketika sepasang suami isteri menyewa sebuah pesawat untuk mengumumkan jantina bayi mereka.

Tidak lama selepas pesawat Cessna melintas, ia mengeluarkan asap merah jambu yang menandakan mereka akan memiliki seorang bayi perempuan. Namun, pesawat tersebut hilang kawalan kerana mengelak beberapa pokok sebelum terhempas.

Melalui perkongsian di X, orang ramai seakan tidak menyedari dengan kemalangan berlaku kerana lebih teruja merakam pengumuman itu.

Difahamkan, juruterbang yang dikenali sebagai Luis Ángel N, 32, ditemui terbaring bersama serpihan pesawat sebelum dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Malangnya, dia meninggal dunia setelah tiba di hospital.

Video

Sumber: Marca

SKIP THIS AD ×