berita

Badan Beto Kusyairy Dihempap Motor Seberat 400 kg, Isteri & Ibu Mentua Dah Rasa Tak Sedap Hati Sebelum Gerak Konvoi

November 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Beto Kusyairy

Pelakon Beto Kusyairy berkongsi semula detik cemas ketika dia terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas motor yang ditunggang hilang kawalan sewaktu menyertai konvoi, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Anak Amanda Misbun Pegang Watak Utama, Gementar Bawa Watak Kanak-Kanak Pekak Dalam Filem Magik

Artikel Berkaitan: ‘Kemalangan Ni Macam Apa Yang Aku Tempuh Dulu’ – Azhan Rani Tak Mahu Debat Dengan Netizen Isu Kemalangan Beto Kusyairy

Dihempap motor

Beto Kusyairy

Ketika ditemui OhBulan!, Beto berkata kemalangan terjadi disebabkan keadaan cuaca yang hujan lebat dan permukaan jalan raya yang licin.

Jelasnya, fikirannya ketika itu hanya memikirkan tentang keadaan sahabatnya yang turut terlibat dalam kemalangan sama meskipun ketika itu badannya telah dihempap motor seberat 400 kilogram.

Saya tidak mengalami kecederaan yang teruk, tapi pada awalnya ingatkan tulang rusuk patah, tapi lepas X-ray alhamdulillah okay. Cuma ada kesan lebam sahaja.

Saya tidak boleh nak cerita secara terperinci kerana masih dalam siasatan polis, cuma apa yang jadi depan saya, saya tidak boleh nak elak.

Kanvoi itu sebenarnya untuk tujuan solidariti, mahu ke masjid di Ipoh untuk doa selamat dan solat hajat. Kanvoi itu mengikut piawaian yang betul, siap ada pengiring dan doktor sekali.

Tapi disebabkan keadaan hujan yang sangat lebat dan jalan licin, tak boleh elak benda nak jadi. Berlaku sedikit kecuaian.

Waktu berlaku saya terus fikir tentang keadaan kawan saya di depan, dia lagi teruk daripada saya. Dia koma lima hari di hospital.

Motor saya hempap badan saya, waktu saya nak jatuh saya himpit ke kanan, kemudian saya jatuh, motor sebelah kanan hempap. Dekat 400kg berat motor itu.

Beto berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan filem MagiK yang berlangsung di TGV, Pavilion Bukit Jalil pada Selasa.

Melanjutkan bicara, Beto berkata sahabatnya yang koma itu sudah sedarkan diri dua hari lalu dan menunjukkan perkembangan yang baik.

Alhamdulillah kawan saya dua hari lepas sudah sedar dari koma dah buka mata. Dia sudah boleh bangun dari katil dan duduk. Sepanjang dia koma saya pergi melawat di hospital Ipoh.

Isteri rasa tak sedap hati

Beto Kusyairy

Dalam pada itu, aktor berusia 43 tahun itu berkata, isteri dan ibu mentuanya sudah berasa tidak sedap hati sebelum dia bergerak menyertai kanvoi tersebut.

Isteri saya risau, sebab waktu saya kemalangan dia baru tiba di Geneva hati dia dah tak sedap sebelum gerak. Dua jam duduk dekat bus stop termenung, sebab rasa lain macam, mungkin dia dapat instinct akan berlaku sesuatu.

Saya tak beritahu dia terus, lepas dah buat pemeriksaan dengan doktor, dah jelas semua baru saya maklumkan pada dia. Dia sibuk nak balik Malaysia, tapi saya kata tidak perlu sebab saya okay.

Ibu mentua saya pun dah rasa sesuatu sebelum saya gerak konvoi. Dia asyik tanya banyak kali betul ke nak pergi dengan cuaca yang sekarang asyik hujan. Dia tengok helmet saya banyak kali.

Terdahulu, Beto memaklumkam dia telah terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 5 petang sewaktu menyertai konvoi ke Ipoh bagi program solidariti Palestin bersama persatuan motor Wings Motor Gang Society.

SKIP THIS AD ×