berita

Berjaya Capai Skor IQ Yang Luar Biasa, Kanak-Kanak Genius Berumur 3 Tahun Ini Berjaya Masuk Mensa

January 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dikurniakan kepintaran yang luar biasa sejak usianya tujuh bulan, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Haryz Nadzimi, berjaya diterima memasuki persatuan IQ tinggi global, Mensa.

Menerusi laporan Metro Uk, keistimewaan Haryz mula dikesan oleh ibu bapanya apabila dia mampu menyebut beberapa patah perkataan pertamanya pada usia tujuh bulan. Pandainya!

Individu paling muda

Selain boleh menyebut beberapa patah perkataan semasa berusia tujuh bulan, Haryz juga mampu membaca sendiri buku-buku cerita sebelum tidur ketika usianya dua tahun. Hal tersebut, menjadikan dia sebagai individu paling muda memasuki persatuan IQ tinggi global, Mensa.

Anak kepada pasangan Anira dan Mohd ini dipercayai menetap di Durham, United Kingdom (UK) dan kedua ibu bapanya mempunyai latar belakang kejuruteraan. Menurut pasangan tersebut, mereka tidak menyangka Haryz menunjukkan tanda-tanda kepintaran yang luar biasa pada usia semuda itu.

Kami tiada banyak pengalaman, jadi kami ingatkan itulah cara kanak-kanak. Namun sehingga kami diberitahu oleh pihak tadika bahawa dia lebih cepat berbanding kanak-kanak lain, maka kami menyedari Haryz adalah istimewa.

Mencapai skor IQ yang luar biasa

Setelah diuji oleh ahli psikologi, Lyn Kendall, Haryz berjaya mencapai skor IQ yang luar biasa iaitu sebanyak 142 pada ujian Stanford. Di samping itu, ibu bapa Haryz turut mencipta saluran YouTube bernama Little Haryz agar kanak-kanak lain dapat menonton dan menjadikan ia sebagai pemangkin semangat.

Berkongsi mengenai sikap anak mereka, pasangan itu turut memberitahu bahawa Haryz sering bertanya soalan dan bercakap mengenai angkasa lepas dan nombor selain gemar membaca buku-buku. Lebih mengagumkan adalah bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya. Mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu di rumah.

Sumber: Metro Uk

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.