berita

Bila Rakam Tahu Pula Marah!

May 12th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kehadiran pelacong asing ke negara kita semakin meningkat saban hari. Ini tidak terkecuali backpackers Mat Salleh yang sering kita lihat duduk ditepian jalan sambil menjual barangan kraftangan dengan alasan bagi menampung perbelanjaan mereka.

Perkara ini secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat kita. Tambahan, mereka turut bertindak agresif apabila aktiviti mereka dirakam netizen.

Mula bertindak agresif

Menerusi Facebook pages We are Malaysians menyifatkan tindakan backpacker Mat Salleh di Jonkers Walk, Melaka mula agresif apabila menyedari aktiviti mereka dirakam. Jika anda ke Jonkers Walk, mungkin anda akan perasan lambakan Mat Salleh menjual pelbagai kraftangan dan membuat persembahan seni ‘deep’ di sana.

Malah, mereka turut menyediakan tabung untuk mengutip derma orang ramai dengan alasan untuk tanggung kos perjalanan mereka ke destinasi seterusnya.

Mereka tiada lesen dan permit

Walaupun laporan telah dibuat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengenai lambakan backpackers Mat Salleh ini namun, mereka masih aktif melakukan aktiviti jualan dan persembahan seni di sekitar Bandaraya Melaka. Persoalannya di sini adalah mengenai lesen atau permit yang tidak dimiliki mereka. Meskipun telah ditegur berulang kali tetapi isu ini kelihatan masih tidak diselesaikan.

There are more of them everywhere

Walaubagaimanapun, isu mengenai backpackers di Melaka ini telah disuarakan ramai pihak. Namun, ada segelintir pihak bersetuju mengatakan golongan ini menyusahkan rakyat dan sebaliknya. Apakah pula pendapat anda mengenai backpackers yang menjual kraftangan ini?

License or not is just paper work

Local traders are paying the rent

Sumber: We are Malaysians