berita

Bring Me The Horizon Bakal Gegar Pentas Rockaway 2013!

September 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Rockaway 2013

Bagi mereka yang meminati muzik rock, ini ada berita baik untuk anda semua, di mana konsert Rockaway 2013 telah kembali untuk musim yang keempat. Kali ini pihak penganjurnya, Livescape Asia bakal menampilkan dua band rock terkenal dari luar negara iaitu Bring Me The Horizon dan Enter Shikari.

Menurut pengarah Livescape Asia, Rahul Kukreja, pemilihan band rock kali ini adalah berdasarkan permintaan para peminat rock tempatan yang kebanyakannya menantikan kemunculan mantap Bring Me The Horizon dan Enter Shikari.

FAR4_Poster_Acts_Flyer

Sejajar dengan kemunculan album terbaru kumpulan Bring Me The Horizon berjudul Sempiternal, band metalcore dari Britain itu difahamkan bakal menghiburkan peminat dengan lagu-lagu terbaru mereka seperti Can You Feel My Heart, The House of Wolves serta Crooked Young.

Selain dua band tersebut, terdapat juga band-band lain yang akan turut menggegarkan pentas Rockaway 2013 antaranya adalah band dari Jepun, Crossfaith dan kumpulan rock tempatan, Massacre Conspiracy.

Untuk makluman, acara Rockaway kali ini akan diadakan pada 17 Oktober 2013 bertempat di KL Live Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat lanjut mengenai penjualan tiket dan konsert, anda  boleh layari laman web rasmi Livescape di www.rockawayfest.com atau Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/rockawayfest

Untuk semua peminat rock, di sini OHBULAN! kongsikan video rasmi kumpulan Bring Me The Horizon berjudul Can You Feel My HeartJom layan!

Update : Berkemungkinan ini merupakan konsert terakhir Rockaway dan sebarang maklumat lanjut akan diumumkan oleh pihak Livescape.

SKIP THIS AD ×