berita

‘Bukan Kesalahan Jika Obses Dengan Anak Sendiri’ – Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen

August 29th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Jika anda mengikuti Instagram penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, beliau sering berkongsi aktiviti bersama keluarga dan kehidupan hariannya. Dia juga kerap berkongsi foto dan video puteri kesayangan, Siti Aafiyah di media sosial.

Namun begitu, penyanyi nombor satu negara ini di ‘cop’ netizen sebagai seorang ibu yang terlalu obses dengan anaknya sehinggakan setiap posting mesti akan ada gelagat Siti Aafiyah. Bagaimanapun, Siti Nurhaliza mempunyai jawapannya tersendiri.

Siti tidak obses dengan anak sendiri

Siti Nurhaliza menjadikan medium sosial media sebagai arkib untuk menyimpan kenangan manis dan momen bersama keluarga. Video-video itu boleh ditonton semula di kemudian hari.

Siti tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, Siti juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet.

Jika ada momen menarik dan perlu, Siti akan kongsi. Siti juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika Siti obses dengan anak sendiri.

11 tahun nanti kehadiran Aafiyah

Kesabaran penyanyi ini menanti kehadiran seorang cahaya mata memang berbaloi dan perlu dihargai sepenuhnya. Siti Nurhaliza menghargai setiap detik bersama Aafiyah dan turut menyuruh pengasuh untuk merakam gelagat comel anaknya itu.

Selama 11 tahun Siti nanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru Siti dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang Siti rasakan ketika ini.

Selalu Siti berpesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang Siti ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini.

Boleh ditonton pada bila-bila masa

Siti Nurhaliza turut menyedari medium Youtube bermanfaat kepada semua pengguna bagi tujuan menyimpan video-video tersebut. Benarlah kata penyanyi ini, dia simpan di telefon berkemungkinan besar akan hilang video dan foto itu semua.

Untuk tidak menyesal, Siti rasa rakaman seperti itu perlu. Siti lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa.

Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×