berita

Kementerian Pendidikan Bakal Laksana Buku Teks Digital Menjelang 2022

December 6th, 2018 | by Taufiq
Kini Trending

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di negara ini menjelang 2022. Perlaksanaan dasar tersebut bertujuan bagi menangani masalah beg berat yang dihadapi oleh pelajar sekolah selain mengurangkan indeks penggunaan kertas negara.

Wujudkan buku teks digital untuk tingkatan 1 hingga 3

Menerusi laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementerian bercadang mewujudkan buku teks digital untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 pada tahun hadapan.

Manakala bagi buku teks digital interaktif, kementerian bercadang untuk mewujudkannya untuk pelajar Tingkatan 3 pada 2020. Manakala pada 2021 pula kementerian akan menyediakan buku teks digital interaktif untuk pelajar Tingkatan 1,3 dan 4.

Untuk tahun 2022 buku teks digital interaktif akan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5.

Mengurangkan indeks penggunaan kertas

Tambah beliau lagi, inovasi pendigitalan buku teks membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah.

Ianya juga dapat mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak seterusnya mengurangkan indeks penggunaan kertas negara.

Sumber: Sinar Harian