Pandemik Covid-19 telah merebak ke seluruh pelusuk dunia dengan mencatatkan rekod 1,518,719 kes positif dan mengorbankan 88,502 nyawa. Malaysia yang tidak terkecuali menerima wabak ini merekodkan 4,119 kes dan 65 kematian. Pihak kerajaan turut mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak ini.
Syarikat telekomunikasi Celcom turut menyeru orang ramai agar duduk di rumah semasa tempoh PKP ini dijalankan. Celcom juga mengambil inisiatif menukar gambar profil di semua platform media sosial sebagai tanda sokongan terhadap PKP.
Jom duduk rumah
#StayIn yang diguna pakai Celcom menggesa agar orang ramai duduk di rumah dan tidak keluar dari rumah jika tiada urusan penting. Hal ini membantu mengurangkan garisan pandemik wabak Covid-19 yang semakin meningkat naik.
Orang ramai juga digalakkan untuk menyertai kempen dari Celcom ini dengan hanya memuat naik gambar berkenaan di laman sosial masing-masing dengan kapysen ‘We #StayIn As One, We Stay Safe’. Gambar boleh dimuat turun melalui http://stayin.com.my/
Di harapkan agar setiap perkongsian dapat menyedarkan rakyat Malaysia bertapa pentingnya duduk di rumah semasa tempoh PKP ini. Sama-sama kita membantu membasmi penularan wabak Covid-19. #StayIn
Kekal selamat di rumah
https://www.facebook.com/celcom/videos/1066937257024763/
https://www.facebook.com/celcom/videos/157395445530584/