berita

Daftar Portal Kad Touch ‘n Go Sekarang Untuk Peluang Menang 3 Buah Telefon Pintar Sehingga 30 Jun 2023!

June 8th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang pengguna kad Touch ‘n Go tapi masih belum mendaftar di Portal Kad Touch ‘n Go Ruginya…

Jom daftar sekarang kerana korang berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada 3 pemenang bertuah mereka untuk memenangi sebuah telefon pintar!

Daftar kad Touch ‘n Go & cipta akaun untuk menang!

Sangat mudah nak menang. Apa yang korang perlu buat, hanyalah isikan butiran peribadi korang dan cipta akaun baru melalui Portal Kad Touch ‘n Go.

Lepastu, secara automatik korang dah tersenarai dan layak untuk jadi salah seorang pemenang telefon pintar yang ditawarkan.

**Tertakluk pada Terma dan Syarat
** Peraduan sah bermula 1 April 2023 hingga 30 Jun 2023.

Portal Touch ‘n Go tawar pelbagai perkhidmatan.

Kalau korang nak tahu, Portal Kad Touch ‘n Go menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti dibawah.

1. Semak status kad Touch ‘n Go, tarikh luput dan baki kad.

Melalui Portal ini, korang boleh semak status kad Touch ‘n Go korang sama ada ianya masih aktif atau tidak, termasuklah tarikh luput kad dan baki sedia ada.

2. Lihat sejarah transaksi kad korang untuk tempoh 12 bulan semasa dan eksport dengan mudah untuk dicetak.

Selain menyemak status dan baki kad, portal ini juga membolehkan korang cetak transaksi penggunaan kad Touch ‘n Go korang. Jadi, mudah la korang nak buat tuntutan kos perjalanan pada majikan jika kena outstation.

3. Permohonan tuntutan bayaran balik sekiranya kad telah tamat tempoh, berlaku kehilangan atau kecurian kad.

Bukan itu sahaja, permohonan tuntutan bayaran balik sekiranya kad telah tamat tempoh, berlaku kehilangan atau kecurian kad juga jadi mudah. Korang dah tak perlu nak call buat laporan dan sebagainya. Sebaliknya, korang boleh terus buat laporan dan permohonan tuntutan bayaran balik melalui Portal Kad Touch ‘n Go.

4. Mohon bayaran balik untuk sebarang caj transaksi yang salah

Tidak hanya terhad kepada tuntutan bayaran balik kad yang telah tamat tempoh, hilang atau dicuri sahaja, korang juga boleh tuntut sebarang caj transaksi salah yang telah dikenakan semasa menggunakan kad Touch ‘n Go.

**Tertakluk pada Terma & Syarat

In case, korang rasa ada transaksi yang tak betul dan mencurigakan, semak penyata transaksi dan buat laporan agar tuntutan boleh dilakukan.

5. Tukar hak milik kad

Banyak perkara yang korang boleh buat di Portal Kad Touch ‘n Go termasuklah penukaran hak milik kad.

Kalau korang ada banyak sangat kad Touch ‘n Go dan nak berikan salah satu kepada anak atau ahli keluarga yang lain, pertukaran hak milik kad boleh dilakukan melalui Portal ini. Walau bagaimanapun, penting untuk korang isi maklumat pemilik kad baru dengan tepat.

Hanya kad dengan status aktif dan berdaftar melalui Portal Kad Touch ‘n Go boleh ditukar milik.

Kad-kad seperti Kad Fleet, Kad Biz, Kad Zing, Kad PLUSTrack dan MyKad tidak boleh ditukar milik.

6. Tambah seberapa banyak kad Touch’n Go yang korang mahu

Last but not least, dengan adanya Portal Kad Touch ‘n Go korang boleh tambah seberapa banyak kad Touch ‘n Go korang ada di Portal Touch ‘n Go korang tanpa had. Tak ke best tu?

Jadi apa lagi yang korang tunggu? Daftar akaun di Portal Kad Touch ‘n Go sekarang sebelum 30 Jun 2023 dan rebut peluang untuk menang telefon pintar!

Maklumat lanjut berkaitan terma dan syarat boleh didapati melalui https://www.touchngo.com.my/promotion/register-and-menang/

Follow dan like Facebook serta Instagram Touch ‘n Go untuk sebarang hebahan terkini.

SKIP THIS AD ×