berita

Dahulu Lain, Sekarang Lain – Jom Imbau Kembali 3 Aktiviti Yang Kita Tak Sangka Dah Berevolusi

January 7th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Begitu pantas masa berlalu daripada tahun 80-an, 90-an hinggalah kini tahun 2021 tiba. Siapa sangka begitu banyak perubahan yang telah kita alami dalam diam tanpa kita sedari.

Kemunculan pandemik covid-19 yang tiba-tiba menyerang, melumpuhkan bukan hanya negara kita tetapi hampir seluruh dunia. Banyak perubahan telah berlaku namun, situasi ini mendidik kita menjadi lebih bijak dan matang dalam menangani masalah yang selama ini tidak pernah kita jangkakan.

3 aktiviti ini telah berubah sejak perintah PKP, termasuklah cara kita berbelanja

Seperti yang korang tahu, sejak negara dilanda pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan. Jadi, pergerakan kita lebih terhad tetapi itu tak bermakna kita tidak boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Sebenarnya, jika korang teliti secara mendalam semua aktiviti harian yang kami dikongsikan ini telah berevolusi secara perlahan mengikut peredaran zaman hinggalah ke hari ini dan bukanlah semata-mata kerana Covid-19 tau.

1. Bekerja

Keadaan sekarang yang berbeza dengan dahulu sedikit sebanyak telah merubah kehidupan kita. Sesuai dengan pengamalan norma baharu dan peredaran masa, kini bekerja daripada pejabat  bukan lagi satu kewajipan seperti suatu masa dahulu sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Kebanyakan syarikat lebih memilih untuk membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah atau bekeja dari mana sahaja dengan fleksibel kerana adanya kemudahan internet yang membolehkan pekerjaan dilakukan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Namun begitu, ada pro dan kontranya. Bekerja dari rumah juga bermakna tanggungjawab yang dipikul menjadi semakin besar. Ye la, masa jadi lebih singkat terutamanya buat para ibu yang bekerja.

Mana nak beli barang rumah, nak jaga anak, nak bekerja lagi.. memang banyak masalah yang akan timbul. Walaupun begitu, dengan GrabSupermarket semuanya jadi lebih mudah kerana korang boleh buat pembelian barangan rumah secara dalam talian sahaja dan dah tak perlu keluar lagi. Jimat masa.

2. Mengemas rumah

Ha.. aktiviti mengemas rumah juga jadi lebih mudah dengan adanya GrabSupermarket. Korang tak payah dah nak susah payah, pergi ke supermarket untuk buat pembelian sabun pembersih lantai, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan dan sebagainya. Semuanya korang boleh beli melalui GrabSupermarket je.

Diorang ada banyak pilihan produk pembersihan. Korang tinggal pilih dan buat bayaran sahaja. Senang Je!

3. Membeli barangan keperluan rumah

Akhir sekali, jika dahulu kita perlu bangun awal untuk ke ke pasar pagi, Supermarket, Mini-Market dan kedai runcit untuk dapatkan barangan keperluan harian terutamanya barang basah seperti ikan, udang, sotong, daging dan ayam. Sekarang, semuanya di hujung jari je. Klik, klik dah siap!

Apa yang korang perlu lakukan cuma muat turun aplikasi Grab dan daftar akaun korang. Lepas tu, korang dah boleh mula buat pembelian.

  1. Pilih GrabMart di aplikasi Grab
  2. Kemudian, pilih GrabSupermarket-Next Day Delivery.
  3. Tambah barang yang korang nak beli ke dalam “cart” dan buat bayaran.

Tak perlu lagi nak pergi ke 2 atau 3 pasar semata-mata nak dapatkan bekalan barang basah yang diingini kerana di GrabSupermarket ada semuanya. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan barangan yang bakal korang terima adalah fresh terus daripada pembekal.

Jadi, buat warga Lembah Klang, jangan lepaskan peluang untuk shopping barangan keperluan korang melalui GrabSupermarket. Jangan tak tahu, GrabSupermarket tawarkan lebih 2500 barangan keperluan harian daripada barangan basah sehinggalah barangan kering.

Apa yang korang perlu buat cuma “place order” barangan yang korang nak dan barang-barang tersebut akan dihantar ke depan pintu rumah pada keesokan harinya tanpa sebarang caj penghantaran. Mudah dan jimat kan?

Eloklah membeli secara dalam talian buat masa ini kerana berada di kawasan terbuka seperti pasaraya bukanlah pilihan yang bijak terutama sekali bila kita terpaksa bersesak dan beratur untuk jangka masa yang lama.

Lagipun, kes pandemik Covid-19 masih tinggi dan kita perlu sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga demi kesejahteraan keluarga kita. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Untuk maklumat lanjut mengenai GrabSupermarket, korang klik sahaja di sini.

SKIP THIS AD ×