berita

Dipaksa Lahirkan Lapan Orang Anak, Suami Rantai & Dera Isteri Selama 4 Tahun

April 11th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang suami tergamak merantai isterinya selama empat tahun oleh kerana kes pemerdagangan manusia berprofil tinggi di Beijing, China.

Artikel Berkaitan: Teguk 3 Botol Wain Sehari, Isteri Dera Mental & Fizikal Suami Selama 20 Tahun

Artikel Berkaitan: Mangsa Sindiket Penipuan Bersyukur Diselamatkan Dari ‘Pusat Neraka’ – ‘Kami Diugut Makan Babi, Tikus & Rogol’

Pemerdagangan manusia

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan BBC News, enam individu yang terlibat dengan kes pemerdagangan manusia telah dijatuhkan hukuman penjara antara lapan hingga 13 tahun apabila pihak berkuasa menemui seorang wanita yang dirantai di sebuah perkampuangan terpencil tahun lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Dong merupakan suami kepada mangsa, Xiaohuamei turut dijatuhkan hukuman kerana didakwa menyeksa dan menjadikan isterinya sebagai tahanan.

Dong difahamkan memaksa mangsa untuk melahirkan lapan orang cahaya mata. Namun, ketika melahirkan anak yang ketiga, skizofrenia yang dialami mangsa semakin teruk. Ianya menjadi punca mangsa didera lebih agresif oleh suaminya.

Difahamkan, terdapat seorang individu yang dikenali dengan blog videonya menemui mangsa di sebuah pondok buruk di luar rumah keluarganya di Xuzhou, wilayah Jiangsu. Kes ini menerima perhatian umum pada Januari 2022.

Keadaan mangsa

Sekadar gambar hiasan

Apabila ditemui, mangsa dalam keadaan dirantai dengan besi yang dililit di lehernya. Xiaohuamei yang ketika itu berusia dalam lingkungan 40-an dikatakan dalam keadaan mentalnya yang tidak stabil.

Mangsa dibiarkan di sebuah pondok yang tiada bekalan elektrik dan sering kali dibiarkan kelaparan.

Walau bagaimanapun, dimaklumkan bahawa mangsa telah dijual beberapa kali dalam hidupnya. Waktu pertama kali adalah pada tahun 1998 dimana ketika itu mangsa dibeli oleh seorang petani wilayah Donghai pada harga 5,000 yuan (RM3,205). Selepas setahun, mangsa dijual kepada sepasang suami isteri yang diuruskan oleh bapa Dong.

Sumber:  BBC News

SKIP THIS AD ×