berita

Disalahkan Kerana Putus Dengan Zizan, Kamal Adli Backup Emma Maembong

April 22nd, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

kamalemma

Eh, korang jangan salah faham. Bukannya kami tak boleh move on dengan kisah percintaan Zizan dan Emma yang terputus ditengah jalan.

Cuma, kami teruja dengan statement yang dikeluarkan oleh Kamal Adli kepada akhbar Kosmo!. Fuh, selain tak tolak jodoh dengan Emma, Kamal siap backup Emma dari para haters tau!

Dia Mangsa Keadaan, Orang Tidak Tahu Cerita Sebenar – Kamal Adli

Screen Shot 2015-04-22 at 1.22.28 PM

Kalau korang nak tahu, Kamal sendiri merasa pelik apabila Emma dihentam oleh sebilangan pengikut Instagram kerana memuat naik foto sambutan hari lahir Kamal beberapa hari lalu.

Kata Kamal, dia sendiri tak faham mengapa isu dia punca keretakan hubungan Zizan-Emma dibangkitkan semula.

Selepas dia (Emma) berkongsi semua gambar tersebut, ramai peminatnya menghentam dan menyalahkan dia. Malah, ada yang kembali membangkitkan isu putus antara dia dengan Zizan.

Saya tidak faham mengapa ada pihak yang menuduh bukan-bukan kepada Emma sedangkan dia tidak buat apa-apa kesalahan. Dia mangsa keadaan dan orang di luar sana tidak tahu cerita sebenar mengenai punca keretakan hubungan mereka.

Dimata Kamal, Emma Baik & Penyabar Orangnya

emma-maebong2

Aww~ so sweet! Inilah pujian ikhlas dari Kamal Adli kepada Emma Maembong. Hmm, kami disini mendoakan yang terbaik buat mereka berdua ini.

Saya lihat Emma seorang gadis dan rakan yang sangat baik. Malah, apa yang lebih penting, dia sangat penyabar orangnya.

Buktinya, selama ini dia banyak kali dihentam dan dituduh bukan-bukan oleh sesetengah peminat fanatik, tetapi dia tidak pernah melenting apatah lagi mahu membuka aib orang lain.

Kalau mereka ni betul-betul bercinta pun tak salah, dua-dua single apa. Bukan rampas hak orang lain Kan?

SKIP THIS AD ×