berita

Eh..Kenapa 3 Lelaki Ni Buat Video Mintak Maaf? Salah Apa Yang Diorang Dah Buat Ni..?

June 21st, 2017 | by Nurul
Kini Trending

Haa..korang dah tengok ke belum video 3 orang lelaki ala-ala Pendekar Bujang Lapok menyanyi mintak maaf?

Mula-mula, admin ingat tu video parodi filem Pendekar Bujang Lapok dulu-dulu. Rupa-rupanya bukan!

Korang nak tahu tak kenapa 3 orang lelaki ala Ramlee, Sudin dan Ajis ni menyanyi mintak maaf? Jom tengok ni…

Kenapa U Mobile mintak maaf ni?

Haa..kalau korang nak tahu, video ni adalah video bertajuk Maafkan Kami dari U Mobile yang dinyanyikan oleh Kyoto Protocol.

Video ni juga adalah sebagai penghormatan kepada Tan Sri P.Ramlee dan merupakan sebahagian daripada kempen Hari Raya U Mobile.

Kenapa lagu Maafkan Kami?

Lagu Maafkan Kami ni dipilih sebagai lagu bagi kempen Hari Raya U Mobile bersesuaian dengan intipati Hari Raya yang mementingkan kemaafan dan kerendahan hati.

Lirik lagu ini juga ditulis khas untuk mempamerkan kesungguhan U Mobile dalam menghargai pelanggan yang setia menggunakan servis mereka.

Jadi, dalam video ni, U Mobile nak minta maaf kepada semua pengguna ataupun bekas pengguna telconya dan berazam untuk menyempurnakan hubungan dengan para pelanggan dan rakan industri. Kini, U Mobile sudah menambah baik servis mereka dan korang takkan rugi kalau menggunakan servis mereka.

Memang profesional la U Mobile ni. So, bak kata mereka dalam lagu ni, jika korang percaya dengan kuasa kemaafan, teruskanlah menyokong U Mobile ya!