berita

[EKSKLUSIF] 8 Bukti Wanita Ini Mungkin Bakal Isteri Taufik Batisah

March 10th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

fiq

Sabtu lalu sebuah akhbar Singapura melaporkan bahawa penyanyi terkenal negara itu, Taufik Batisah bakal melangsungkan perkahwinan April nanti. Khabar gembira tersebut disahkan sendiri Hype Records selaku penaung Taufik.

Artikel Berkaitan : Taufik Batisah Kahwin April Ini

Lewat petang semalam tersebar sekeping foto, dipercayai kekasih hati dan bakal isteri Taufik yang dikenali sebagai Sheena Akbal. Kami cuba mendapatkan info bagi merungkai dakwaan tersebut dan ini hasilnya.

1. Foto Bersama Semasa Wedding Keluarga

Screen Shot 2015-03-09 at 11.32.57 PM

Foto yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter ini sudah pasti menguatkan lagi dakwaan bahawa wanita tersebut merupakan bakal isteri Taufik. Berdasarkan foto tersebut, Taufik dikatakan sedang menghadiri majlis perkahwinan adik atau kakak kepada Sheena Akbal.

2. In His Circles..

Screen Shot 2015-03-09 at 5.35.36 PM

Hasil carian Google kami menunjukkan Taufik hanya mempunyai 3 rakan di Google+ dan salah seorangnya ialah Sheena Akbal. Pelik bukan? Seramai-ramai manusia, kenapa Sheena Akbal yang dia add?

3. Kedua-Dua Account Google+ Sheena Ada Taufik

Screen Shot 2015-03-09 at 6.59.25 PM

Hasil carian Google kami juga menunjukkan Sheena Akbal mempunyai dua akaun Google+ yang menggunakan nama yang sama. Dan apa yang memeranjatkan kami, Taufik terdapat dalam senarai kawan untuk kedua-kedua akaun terbabit. Special sungguh?

4. Ucapan Tahniah

Screen Shot 2015-03-09 at 11.56.35 PM

Tweet daripada salah seorang pengguna laman Twitter pada hari Sabtu lalu ini juga berjaya menarik perhatian kami. Malah apa yang diperkatakan turut diakui oleh followers nya yang lain. Hasil carian kami, Altimet pun follow mamat ni.

5. Taufik Follow Sabreena Akbal

Screen Shot 2015-03-10 at 12.08.44 AM

Kami cuba untuk ushar akaun Twitter Taufik Batisah, iyalah mana tahu ada saki baki bukti yang cuba disembunyikan. Korang boleh tengok sendiri siapa Taufik follow, Sabreena Akbal, adik atau kakak kepada Sheena Akbal.

Untuk makluman kami berjaya menemukan laman Twitter dan Facebook Sheena tapi malangnya ia telah di’deactivated’ beberapa jam kemudian. Hurm nak sorok apa?

6. Masih Kebetulan?

Screen Shot 2015-03-09 at 5.36.41 PM

Ternyata Taufik bijak menyembunyikan hubungan cinta yang telah lama dibina namun melalui internet, segala-galanya boleh dibongkar. Apa sahaja yang kami google berkenaan Sheena Akbal pasti muka Taufik yang keluar. Kebetulan lagi? Peminat fanatik Taufik?

7. Sheena Akbal Suka Lagu Taufik

Screen Shot 2015-03-10 at 12.39.12 AM

Pencarian diteruskan lagi dan melalui Youtube, ini yang kami jumpa. Beberapa buah video lagu nyanyian Taufik menjadi kesukaan Sheena Akbal. Mungkin lagu tersebut ditujukan khas buat Sheena? (Tengok favourite by who)

8. Taufik Follow Sheena Di Instagram

ko

Bukti yangg seterusnya ini mungkin ‘checkmate‘ buat Taufik. Kami cuba check siapa yang Taufik follow dan hasilnya, kedua-dua adik beradik ini iaitu Sheena Akbal dan Sabreena Akbal berada di dalam senarai following Taufik.

Kami terfikir andai Sheena Akbal peminat fanatik Taufik sekalipun, takkan lah sampai macam ini kan? Atau mungkin semuanya kebetulan?

Apa-apa pun kita tunggu jawapan daripada Taufik sendiri, itu pun kalau dia nak jawab. Jadi konklusinya semua di tangan anda. #TaufikKatMane #TaufikTakNakJawabKe?

P/S : Sebenarnya ada lagi bukti lain, tapi 8 cukup la kot?

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×