berita

‘Guru Lebih Terdedah Bahaya Covid-19 Berbanding Doktor, Nurse…’

June 26th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Umum sedia maklum sesi persekolahan telah disambung semula namun tertakhluk kepada SOP ketat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi permulaan, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam diberi keutamaan hadir ke sekolah.

Namun status Facebook seorang lelaki yang membandingkan risiko profesion perguruan dengan petugas barisan hadapan menjadi perdebatan dalam kalangan netizen. Dakwa mereka, perbandingan tersebut agak keterlaluan. Ini teguran ‘pedas’ oleh seorang pengguna Facebook, Encik Adil Rafael.

Frontliner tak pernah kerja dari rumah

Terjumpa post ni dalam list fb friend. Jangan terlalu taksub dengan kerjaya sendiri sampai lupa banyak lagi kerjaya yang amat penting dan lebih berisiko seperti frontliner.

Sementara anda work from home (wfh) dari rumah, frontliner macam doktor, MA, nurse, polis, askar, imigresen dan sebagainya masih lagi berhempas pulas bekerja. Ramai antara mereka lansung tak merasa wfh. Tak merasa!

Masa anda wfh atau duduk rumah, mereka frontliner yang bertugas 24 jam dengan orang awam termasuk bertugas di pintu-pintu masuk negara 24 jam. Mereka terdedah risiko sangat tinggi. Tapi hanya pakai penutup muka dan sarung tangan dan berbekalkan hand sanitizer sahaja. Sumpah tak tipu.

PPE untuk yang betul-betul di zon merah

PPE? Antara yang betul-betul di red zone atau yang memang terdedah dengan individu postive covid atau environment covid postive yang lebih layak untuk pakai. Yang pakai pulak bukan senang bukan selesa. Kalau bilik darjah anda panas, jangan lupa ada antara mereka bertugas ditempat lebih panas.

Bersyukurlah anda cikgu, sepanjang PKP tempoh hari merasa wfh tapi gaji tetap jalan tiada terganggu. Sementara mereka terdedah dengan covid secara total tanpa merasa wfh, some of them tak sempat nak cuti. Yes betul! Sumpah tak tipu.

Tahu gaji anggota atau nurse? Sudah pasti bukan level cikgu yang at least 41 ke atas tapi risiko sungguh tinggi.

Bersyukurlah, kenapa mereka tak pernah nak banding dengan profesion lain walaupun mereka gigih bertugas? Sebab fokus utama frontliner kami nak selamatkan masyarakat dan kekang rantaian Covid-19. Termasuk kami nak cikgu pun selamat supaya lepas ni boleh bergerak dan bertugas sperti biasa. Faham?

Frontliner tak pernah bandingkan kerja

Tahu kenapa mereka tak terdetik nak banding profesion dan kerja mereka dengan yang lain? Mereka as frontliner dan essential services lain sepanjang PKP bekerja keras, mereka nampak depan mata mcam mana kawan-kawan lain yang penat berkerja sepanjang PKP, dari pelbagai kementerian dan jabatan. Sampai tak ada msa jumpa family dan terpaksa berpisah dengan family pun ada. Mereka nampak depan mata ok!

Nikmat mana yang kamu mahu dustakan lagi wahai cikgu. Bersyukurlah, sebelum tiba-tiba KPM keluarkan takwin belajar dan makin ramai cikgu merungut untuk nak start kerja. Mereka yang frontliner dari awal Covid-19 tak pernah wfh dan berhenti bertugas seperti biasa.

Berhenti taksub dengan kerjaya

Berhentilah taksub dengan kerjaya anda sendiri sampai sanggup bandingkan perjuangan dan risko yang frontliner hadapi sepanjang pkp sampai sekarang pun dengan kerjaya anda.

Berhentilah hidup dalam comfort zone comunity anda sendiri sampai lupa masih banyak profesion lain yang amat penting. Berhentilah beranggapan profesion anda paling mulia dan paling utama dalam masyarakat dan negara. Wake up!

Jika anda sebgai cikgu merasakan tugas cikgu itu terlalu membebankan dan cerewet. Berhentilah jadi cikgu dan teruskan stay at home.

Sedih tengok frontliner

Yes aku ada terasa hati ternampak post ni sebab apa? Sebab sedih teringat balik bila tengok kawan-kawan lain berkorban masa, family, struggle dengan kepenatan, takde pun istilah wfh tapi today masih ada orang nak bandingkan dan pertikaian skop kerjaya dan risiko mereka semasa PKP dan Covid-19 dengan kerjaya mereka. Sampai ada frontliner disahkn postive sebab bertugas semasa PKP terutamanya team KKM. Sedih!

P/s : Masing-masing ada peranan dan tugas dalam anggota msyarakat. Stop bandingkan tugas kita dengan yang lain, fahami dan hargai juga setiap fungsi ahli masyarakat yang lain. Masing-masing ada peranan sejak kita lahir dari sambut baby, nak daftar kelahiran sampailah sekarang besar panjang pun kita tetap perlukan setiap anggota masyarakat dan profesion lain. Hargai lah orang lain juga dan setiap dari kita tak perlu dibandingkan pun. Noted.

Sumber: Encik Adil Rafael

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×