berita

Ini Yang Korang Kena Tahu Kalau Nak Beli GoPro Edisi Terhad, HERO7 Black Rona Dusk White

March 7th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Korang tahu pasal GoPro? Biasanya GoPro ni popular dalam kalangan kaki travel. Bukan setakat ambil gambar dan video, banyak lagi benda yang korang boleh buat dengan GoPro tau! Action camera yang memang power.

Fungsi GoPro kini dah diperbaharui. Apa yang mengejutkan kami, GoPro terbaru ni boleh terus buat live streaming. GoPro apa tu? Meh kami dedahkan!

GoPro HERO7 Black, model terbaru dengan design lebih hebat

GoPro HERO7 Black

Korang pun tahu, action camera paling terkenal setakat ni ialah GoPro kan? Start daripada kamera pertama sampai sekarang, tak pernah menghampakan. Kali ni mereka tampilkan keluaran terbaru, iaitu GoPro HERO7 Black. Tengok design, gempak wei!

GoPro HERO7 Black didatangi dengan sokongan rakaman video 4k 60fps, atau 1080p pada kadar 240fps. Ia turut menawarkan sokongan rakaman gambar 12-megapixel HDR, selain ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter. Bukan calang-calang!

Penampilan warna baru GoPro HERO7 Black yang limited edition, Dusk White!

GoPro HERO7 Black warna Dusk White

GoPro ni memang suka buat surprise kat semua orang. Kalau sebelum ni, warna yang available cuma warna hitam je. Nama pun GoPro HERO7 Black kan? Tapi bermula 1 Mac 2019, warna terbaru iaitu Dusk White dah available  di seluruh dunia. Limited edition pulak tu. Fuh!

Paling menarik, GoPro HERO7 Black ni banyak ciri baru. Peminat GoPro mesti dah tak sabar nak tahu kan? Kami pun memang nak share  kat korang. Meh tengok kat bawah.

Record  video lebih stabil & cantik dengan ciri Hypersmooth

Korang mesti geram kalau record  video tapi hasilnya jadi tak cantik. Lagi-lagi bila record dalam air atau tempat gelap. Memang stres! Pantang gerak sikit, mesti jadi blur. Tak syoknya.

Tapi korang tak payah risau. Masalah tu akan settle dengan GoPro Hero 7 Black. Ia ada ciri Hypersmooth yang jadikan rakaman video korang lebih stabil dan cantik. Boleh la record video puas-puas!

Ciri TimeWarp Video buat time-lapse korang lebih mengujakan

Siapa kat sini suka record matahari terbenam? Atau mungkin suka record crowd  yang tengah berjalan? Korang mungkin akan teruja dengan ciri TimeWarp Video pada GoPro Hero 7 Black. Walaupun record sambil bergerak, hasil time-lapse tetap cantik.

Dilengkapi ciri Superphoto, tak payah edit dah

Gambar diambil dengan GoPro HERO7 Black

Bagi yang suka tangkap gambar, korang takkan boleh move on dengan ciri Superphoto pada GoPro Hero 7 Black. Ia akan detect view yang korang tangkap dan terus berikan kualiti gambar terbaik dengan Auto Low Light dan HDR. Meh tengok contoh gambar kat bawah. Serious  cantik!

Gambar diambil dengan GoPro HERO7 Black

Gambar diambil dengan GoPro HERO7 Black

Gambar diambil dengan GoPro HERO7 Black

Senang cerita, tak payah edit  dah. Syok gila. Tapi ada satu ciri hebat pada GoPro Hero 7 Black ni mungkin buat korang tak sangka boleh ada pada GoPro. Nak tahu apa? Ni dia..

Connect Wifi & korang boleh terus buat live streaming!

Perempuan pegang GoPro HERO7 Black

Wow! Rasanya ciri ni paling menarik perhatian ramai. Biasa la, kan ramai yang suka guna media sosial sekarang. Kat mana-mana pun, mesti nak tengok Facebook, Youtube, Instagram dan lain-lain. Kalau sehari tak tengok, rasa tak lengkap. Betul tak guys?

Gambar diambil dengan GoPro HERO7 Black

Dengan GoPro Hero 7 Black, korang boleh connect Wifi ke Facebook, Youtube dan beberapa platform lain. Kalau nak terus buat live streaming  pun, tak ada masalah. Paling penting, family dan member korang boleh tengok. Yay!

Suka tak dengan ciri terbaru pada GoPro Hero 7 Black? Of course la suka! Nak tahu ciri apa lagi yang ada, korang boleh tonton video kat atas ni ya.

Dapatkan edisi terhad GoPro Hero 7 Black berwarna Dusk White dengan segera!

GoPro HERO7 Black warna Dusk White

Korang mesti dah tergoda dengan GoPro Hero 7 Black ni kan? Lagi-lagi warna Dusk White  yang limited edition  ni.  Paling best, korang akan dapat Shorty (tripod) berwarna Dusk White  dan beg drawstring GoPro jika beli GoPro Hero 7 Black berwarna Dusk White  dengan harga RM2,068 di kedai-kedai terpilih tau.

Oh ya, korang dah boleh beli GoPro ni bermula 8 Mac 2019.  Ni first come, first serve tau. Siapa cepat, dia la yang dapat.

GoPro HERO7 Black warna Dusk White

Ni senarai kedai yang korang boleh terjah untuk dapatkan GoPro Hero 7 Black berwarna Dusk White. Nak pergi tu, jangan lupa ajak member  korang yang minat GoPro sekali okay? Kang cakap tak ajak member  pulak kan. Hehe.

  • Rightway Electronic (M) Sdn Bhd
  • SelPhoto (Foto Selangor)
  • N4 Camera Store
  • Flash Gadget / Foto Flash
  • Foto Shangrila (M) Sdn Bhd
  • Fotokem
  • Bintang Maju (Camworld)
  • Top Macro (Sabah)
  • PC Image (Sarawak)
  • ThunderMatch
  • All IT Hypermarket
  • Senheng (SenQ)
  • Harvey Norman
  • Funsportz Cycles
  • GoPro Concept Store (Mid Valley Megamall)
  • GoPro Concept Store (Sunway Pyramid Mall)
  • GoPro Concept Store (Penang Gurney Plaza)

GoPro sentiasa berusaha tampilkan ciri-ciri baru untuk keselesaan pengguna. Dengan matlamat mereka untuk jadi action camera  yang serba boleh, nampaknya GoPro Hero 7 Black ni pilihan terbaik. Percaya la cakap kami. Confirm  korang puas hati.

Untuk ketahui berita terkini GoPro di seluruh dunia, korang boleh terus ke page baru mereka, The Inside Line. Jangan lupa like  dan follow  Facebook Page GoPro kat bawah ni tau.

Sekian, selamat bershooting  dengan GoPro Hero 7 Black!

SKIP THIS AD ×