berita

Inkues Adib: Adib Mungkin Diseret Keluar Dari Van EMRS Oleh Sekurang-Kurangnya Tiga Individu

April 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kematian anggota Bomba arwah Muhammad Adib masih dalam siasatan pihak berkuasa. Pelbagai keterangan dari semasa ke samasa telah diambil dari saksi kes tersebut. Terbaru, menerusi Harian Metro sewaktu insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November yang lalu, Adib berkemungkinan besar ditarik keluar dari van (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan).

Mangsa diseret keluar dari van

Mangsa yang patah tujuh tulang rusuk kiri dan lebam pada bahagian paru-paru kiri mungkin dihentak ke pintu van berkenaan oleh sekurang-kurangnya tiga individu. Menurut saksi inkues ke-29, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dahulunya, Hospital UKM) Prof Dr Shahrom Abd Wahid berkata, ia berdasarkan kesan corak kecederaan mangsa dan video lakon semula kejadian.

Mangsa mati akibat kecederaan parah paru-paru kiri dan kanan akibat hentakan trauma tumpul. Hentakan trauma tumpul bukan akibat perbuatan diri sendiri tetapi akibat perbuatan dua atau lebih orang lain.

Beliau turut berkata, berdasarkan luka sagat melintang pada bahagian belakang badan, selain butang satu, dua dan empat yang didapati tercabut daripada baju celoreng anggota bomba terbabit mungkin mangsa diseret keluar dari van yang dinaikinya. Kecederaan itu menunjukkan tidak mungkin mangsa keluar dengan sendiri dari van berkenaan.

Daun pintu EMRS diterajang dengan kuat

Beliau turut berpendaapat bahawa daun pintu EMRS diterajang dengan kuat sehingga menyebabkan luka sagat dan patah tulang rusuk dan lebam pada paru-paru.

Daun pintu EMRS sekali lagi diterajang menyebabkan dua lebam pada bahagian hadapan atas lengan kanan (mangsa).

Jika itu berlaku (terhimpit antara FRT dan EMRS), berkemungkinan besar mangsa akan mati di situ juga.

Ia berdasarkan sains masa kini, sebab saya tak berada di tempat kejadian.

Selain itu, beliau berkata tidak mungkin mangsa terhimpit antara jentera bomba dan van EMRS kerana berkemungkinan besar mangsa akan mati di situ juga atau kesan kecederaan yang berlainan. Dr Shahrom berkata, rumusan berhubung apa yang berlaku pada Muhammad Adib dibuat berdasarkan sains, dokumen, material dan video diperoleh daripada Syazlin.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×