berita

Jom Kongsi Rezeki Bersama Mereka Yang Memerlukan Melalui Setiap Pesanan foodpanda!

March 29th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Memberi lebih baik daripada menerima, merupakan ungkapan nasihat yang diwarisi sejak zaman-berzaman untuk mengingatkan kita tentang mulianya amalan bersedekah atau berkongsi rezeki.

Tidak pernah melupakan golongan yang susah, foodpanda telah berkerjasama dengan Dapur Mesra PERTIWI menerusi program Oh Kasih untuk menyediakan hidangan buat mereka yang memerlukan.

Berkat ramadan foodpanda kongsi rezeki melalui Oh Kasih!

Mahu membantu mereka yang sedang dalam kesusahan, usaha yang dilakukan oleh foodpanda bersama-sama Dapur Mesra PERTIWI ini, memerlukan sokongan kita semua agar ia dapat dijalankan secara besar-besaran.

Hal ini kerana, foodpanda akan memberikan satu hidangan makanan kepada mereka yang memerlukan melalui setiap pesanan makanan (penghantaran), pesan dan ambil, pandamart dan pandashop yang korang buat dengan kod ‘PANDA’

Lebih banyak pesanan yang korang buat, lebih banyak makanan yang bakal diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Disamping itu, bagi korang yang membuat apa-apa sahaja pesanan bersama Coca-Cola, korang akan menyumbang dua hidangan makanan. Jadi gunakan kesempatan ini sebaiknya untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan bantuan.

Menang 15 pasang e-tiket wayang Indulge, TGV!

Buat pelanggan foodpanda yang telah membuat pesanan dengan menggunakan kod ‘PANDA’, foodpanda tak pernah lupakan kebaikan korang. Sebaliknya, korang berpeluang untuk menang 15 pasang e-tiket Wayang Indulge TGV yang bernilai RM150.

Berikut min kongsikan langkah-langkah penyertaan.

1 Pelanggan perlu membuat pesanan semasa bulan Ramadan menggunakan kod ‘PANDA’

2 Selepas membuat pesanan, screenshot resit pembelian (nombor pesanan, tarikh pembelian dan kod ‘PANDA’ mesti jelas)

3 Kongsi di ruangan komen dengan siapakah korang akan menikmati hidangan berbuka puasa ini dan mengapa korang memilih untuk membawanya dalam 20 hingga 50 patah perkataan di posting OhBulan!

Jom bantu komuniti kita yang memerlukan sepanjang Ramadan ini dengan membuat pesanan di aplikasi foodpanda bagi menyemarakkan lagi program Oh Kasih

Muat turun aplikasi foodpanda sekarang!

App Store: foodpanda

Google PlayStore: foodpanda

Huawei@AppGallery: foodpanda

SKIP THIS AD ×