berita

Pagar Kediaman MB Kedah Kena Simbah Cat

October 17th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pagar dan papan tanda kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon yang terletak di Jalan Anak Bukit, disimbah dengan cat berwarna biru dan merah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan: Kalah Tak Apa, Jangan Koyak – Sanusi Ucap Tahniah Buat JDT

Artikel Berkaitan: ‘Kena Cuit Sikit, Seminggu Koyak..’ MB Kedah

Cat biru dan merah

Tinjauan yang dijalankan di lokasi kejadian mendapati cat berkenaan mengotori sebahagian besar papan tanda kediaman tersebut selain pokok hiasan berdekatan.

Bukan itu sahaja, pihak polis turut menemui empat plastik cat iaitu dua daripadanya berwarna merah dan dua lagi berwarna biru berhampiran pokok di kawasan kejadian yang ditinggalkan individu terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, pihaknya dari bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan terbabit pada jam 10 pagi, pada Ahad.

Kejadian disedari kakitangan pengawal di situ pada jam 9.55 pagi tadi (semalam) sebelum dimaklumkan kepada polis. Kawasan ini tidak mempunyai rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), namun kita akan mencari bantuan CCTV berhampiran seperti di lampu isyarat Pantai Johor untuk mencari bukti bagi membantu siasatan.

Tambah Ahmad Shukri lagi, tiada kerosakan berlaku di tempat kejadian melainkan simbahan cat di lokasi yang boleh dicuci semula. Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan dalang di sebalik kejadian itu dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas perbuatan khianat.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×