berita

Kena Kecam Muat Naik Foto Cium Mulut Dengan Suami, Shima Anuar Respon; ‘Saya Tak Boleh Puaskan Hati Semua’

April 9th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Shima Anuar menerima kecaman yang cukup hebat daripada netizen gara-gara memuat naik foto bercium mulut dengan suaminya iaitu Solih Toha di Instagram.

Artikel Berkaitan: Bercakap Dalam Bahasa Inggeris Dengan Anak Jadi Isu, Shima Anuar Nak Didik Kuasai Pelbagai Bahasa

Artikel Berkaitan: Dituduh Malu Nak Kongsi Foto Suami, Shima Anuar Bahagia Dengan Lelaki Berusia – ‘Tak Perlu Selalu Sangat Tunjuk Satu Dunia’

Cium mulut

Menerusi foto yang dimuat naik, Shima mencium mulut suaminya di sebalik dinding yang tertera tulisan ‘kiss here’ (cium di sini) dipercayai ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Susulan daripada itu, warganet berpendapat walaupun pasangan itu adalah suami isteri yang sah namun bagi menghormati bulan Ramadan, Shima tidak sepatutnya memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

Terbaru, Shima berkata, dia tidak menghalang mana-mana individu untuk ‘unfollow’ akaunnya sekiranya mereka berasa tidak selesa dengan konten yang dimuat naik.

Sangat kelakar, macam mana boleh hentam antara satu sama lain disebabkan orang lain. Sabar. Gigih sangat tu. Korang boleh remove atau unfollow saya. Ini media sosial saya, bukan anda. Saya muat naik apa yang saya nak. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang.

Sumber: Shima Anuar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×