berita

Didakwa Lewat Sampai Tempat Kejadian, Ketua Polis Negara Bidas Menteri

November 27th, 2018 | by faris
Kini Trending

Berhubung kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menyalahkan polis kerana didakwa sampai lambat di tempat kejadian. Menurutnya, satu kereta peronda Polis Daerah Subang Jaya di tempat kejadian pada jam 4.15 pagi manakala FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) tiba jam 6 pagi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun membalas kenyataan Waytha Moorthy itu dalam satu sidang media siang tadi.

Polis sampai lambat tidak tepat

Mohamad Fuzi berkata, pihak polis perlu menimbang beberapa aspek sebelum tindakan diambil.

Ia bukan satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi apabila membabitkan tempat ibadat, jika kita bertindak dengan agresif polis akan dipersalahkan, kita beri bantuan pun ada yang menyalahkan polis.

Ada juga yang kata polis sampai lambat, ini semua tidak tepat, kita sudah respon kurang daripada 30 minit selepas kejadian berlaku.

Takkan di tempat ibadat kita mahu gunakan meriam air dan sebagainya, kalau kita buat begitu lagi kami akan diserang, kita kalau mahu bertindak mesti ikut kesesuaian.

Serangan di luar kawasan kawalan

Menerangkan insiden serangan terhadap jentera dan anggota bomba, Mohamad Fuzi berkata kejadian itu berlaku di luar kawasan kawalan polis.

Anggota menjalankan kawalan berterusan, tetapi kita tidak boleh berada di semua tempat.

Mereka ini macam pencuri juga, bila tiada polis mereka akan menimbulkan kekacauan, apa yang berlaku terhadap anggota bomba itu tidak sepatutnya berlaku, mereka berada di situ untuk menawarkan bantuan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fuzi berkata pihak polis sudah mempunyai petunjuk bagi memburu dalang yang disyaki terbabit dalam rusuhan kelmarin.

Kita sudah kenal pasti kumpulan yang memasuki kawasan kuil sebelum kekecohan tercetus.

Bagaimanapun polis masih memerlukan maklumat lanjut daripada mereka yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×