berita

[KUIZ] Korang Rasa Korang Jenis Kiasu Tiap Kali Nak Membeli-Belah? Kalau Nak Tahu, Try Jawab Kuiz Ni Dulu!

October 30th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Cakap pasal membeli belah ni, semua orang mesti ada ragam masing-masing. Kadang-kadang tu pantang nampak barang murah, barang keluaran terbaru, mesti korang nak beli dulu! Selagi tak beli tu rasa tak senang duduk. Lagi-lagi bila ada A-Day…

Apa tu? Anniversary, Awesome, Amazing, atau AEON? Korang baca sampai habis kalau nak tahu…Tapi sebelum tu, ada tak antara korang yang jenis kiasu macam kami cakap tadi?

Ha…apa kata korang try kuiz ni dulu. Barulah boleh tahu korang ni yang jenis macam mana kan! 

Siapa yang jawab soalan tadi tu, korang tahulah korang dalam kategori mana. Jangan tak mengaku pulak eh haha…

Emm…takpe, tak kisah lah korang yang jenis macam mana pun, yang penting kalau nak shopping, mesti kena rasa berbaloi untuk sesuatu barang yang nak dibeli tu.

Tapi kalau min, min suka berbelanja bila ada AEON A-Day, sebab mereka menawarkan diskaun sehingga 70% & percuma baucar untuk semua ahli AEON wehhh!

Ha…apa yang korang perlu tahu pasal AEON A-Day ni? Bersempena dengan ulang tahun AEON yang ke 39 tahun, AEON meraikan semua pelanggan terutama ahli AEON dengan menyediakan banyak tawaran menarik. 

Siapa tak suka baucar AEON kan? RM10 e-baucar PERCUMA untuk semua. WOW! Korang hanya perlu membeli-belah bernilai RM100 dalam satu resit di cawangan AEON yang terpilh.

Bukan tu saja, korang siap boleh dapat BONUS baucar RM10 kalau korang bayar guna AEON Member Plus Visa Card atau AEON Wallet. Barulah berbaloi dan jimat berbelanja kan! 

Bukan tu je tau, korang juga boleh nikmati ganjaran menarik yang lain kalau korang mendaftar dua rakan atau ahli keluarga korang sebagai ahli AEON.

Tak cukup dengan tu, korang juga boleh enjoy free gift dengan AEON!

Nak tahu tak dapat hadiah apa? Korang berpeluang untuk bawa pulang Bantal Ahli AEON dan nikmati pengecualian yuran keahlian tahunan AEON  sebanyak RM12 wehhh! Mantap lah! Hadiah ini khas untuk korang ahli yang membuat pendaftaran baharu tau. 

Buat korang yang sedia ada kad keahlian tu dan tarikh tamat sebelum 30 September 2023 tu pun, jangan risau sebab korang boleh renew lepastu dapat baucar RM10 pada hari A-Day tu nanti!

Fuhhh! Banyak betul eh tawaran AEON bagi ni. Ni tak kira la lelaki ke perempuan confirm excited punya nak shopping.

Eh jap, ada lagi ni! Korang juga boleh sertai cabutan bertuah dan dapat hadiah percuma

Siapa yang membuat pembelian minimum RM200, korang berpeluang untuk dapat hadiah percuma di AEON. Hanya 200 ahli AEON yang pertama membeli di AEON akan berpeluang untuk nikmati hadiah ini! 

Selain itu, buat korang yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit, korang layak untuk sertai cabutan bertuah!

Bukan tu saja, AEON juga melancarkan tawaran pembelian atas pembelian bagi Disney Mickey Mouse Collections termasuk beg galas, alat memasak, balang makanan dan peralatan makan. 

Mesti tak sabar dah kan? Jom serbu AEON A-Day nanti. Boleh lah jimat banyak!

Dah banyak dapat hadiah, tawaran yang best, korang enjoy lah pula aktiviti pada A-Day tu nanti juga. Antaranya aktiviti menarik yang akan diadakan adalah melakukan ujian kulit, demo memasak, pemotongan salmon dan pensampelan percuma, bergantung pada pasar raya AEON yang korang pergi. 

Ini antara AEON yang tersenarai yang korang boleh serbu nanti!

Ha…excited tak? Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai AEON A-Day ni, layari laman web mereka di SINI. Selamat membeli-belah guys!

SKIP THIS AD ×