berita

Lepas Neelofa Sumbangkan Katil Di Hospital, PU Riz Pula Nak Beri RM300 Kepada Pelajar SPM 5A & Ke Atas

June 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Selepas Neelofa bermurah hati menyumbangkan 15 biji katil elektronik di Hospital Melaka, kini giliran suaminya pula iaitu Haris Ismail atau lebih mesra dengan panggilan PU Riz menawarkan ganjaran berjumlah RM300 kepada pelajar yang memperoleh keputusan 5A dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Artikel Berkaitan: Neelofa Sumbang 15 Katil Elektronik Kepada Hospital Melaka, Doktor Ucap Terima Kasih

Ganjaran RM300 kepada pelajar cemerlang

Memetik laporan Harian Metro, PU Riz memaklumkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak atau para pelajar yang mendapat keputusan SPM 5A dan ke atas supaya menghantar slip keputusan peperiksaan di Direct Message (DM) di Instagramnya.

Jelas PU Riz lagi, dia berharap dengan ganjaran yang diberikan ini secara tidak langsung akan membakar semangat dan memberi inspirasi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting supaya terus berusaha.

Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah.

Panjangkan hadiah kepada 30 orang

Sementara itu, PU Riz menjemput semua pelajar yang terpilih untuk menyertai sesi live di Instagram @hrisbismail pada jam 1 petang hari ini. Para pelajar berkenaan berpeluang untuk berkongsi tips pembelajaran atau amalan yang membuatkan mereka memperoleh keputusan cemerlang.

Menerusi perkongsian terbaru PU Riz di Instagram, dia memaklumkan kini sudah menerima terlalu banyak DM. Oleh itu, PU Riz membuat keputusan untuk memberikan ganjaran tersebut kepada 30 orang bekas pelajar SPM tahun 2020.

Semua bekas pelajar SPM tahun 2020 yang dapat 5A dan ke atas dan saya lebih kepada golongan yang memerlukan seperti golongan B40, yang mana yang susah, yang mana sangat sangat memerlukan. Itu menjadi priority pemilihan saya.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Sumber: Harian Metro, PU Riz

SKIP THIS AD ×