berita

‘Mohon Jangan Semakkan Lagi Hidup Polis’ – Bront Palarae Tegur Seniman

April 1st, 2020 | by Amat Larbsib
Isu & Kontroversi

Tindakan Persatuan Seniman Malaysia membuat laporan polis berhubung kenyataan salah seorang artis disifatkan menghasut masyarakat telah undang beberapa respon dari artis yang lain. Tambahan pula, video-video tersebut didakwa memberi kesan kurang baik terhadap perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam.

Terbaru, pelakon Bront Palarae turut memberi meninggalkan respon di status Twitter persatuan itu.

Seniman telah membuat laporan polis

Susulan daripada video yang telah dimuatnaik pelakon wanita iaitu Zarina Anjoulie dikatakan telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan artis senior tanah air.

Bagaimanapun, Persatuan Seniman bertindak untuk membuat laporan polis dan menyifatkan kenyataan dari artis wanita itu menjadi punca perbalahan antara netizen dan artis yang lain. Tindakan Seniman membuat laporan polis turut mendapat perhatian pelakon Bront Palarae.

Harus ditangani secara dalaman

Bront Palarae menyifatkan apa sahaja masalah yang berlaku dalam industri hiburan haruslah diselesaikan secara dalaman. Tambahnya, perkara itu tidak seharusnya dilaporkan ke pihak polis kerana mereka perlu menggalas banyak lagi tanggungjawab berikutan isu penularan wabak Covid-19 dan sebagainya.

Baginya lagi, mempunyai perbezaan pendapat adalah perkara biasa yang terjadi. Bagaimanapun, tindakan yang dilakukan Seniman itu tidak harus diperkecilkan usaha mereka. Malah, dia percaya dari pihak Seniman juga dalam usaha menangani perkara tersebut.

Dalam perkara ini, masing-masing mempunyai pendapat peribadi dalam menyuarakan hak dan peranan mereka. Tidak hairan jika ada segelintir artis yang kurang senang dengan tindakan Seniman membuat laporan polis susulan video viral dimuatnaik pelakon wanita itu.

Sumber: Twitter Seniman