berita

Mengadu Sakit Ketika Buang Air Besar, Kanak-Kanak 6 Tahun Dipercayai Diliwat & Dicabul Di Sekolah

February 26th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun didakwa menjadi mangsa serangan seksual seorang pengurus yayasan di tempatnya belajar.

Mengadu sakit ketika buang air besar

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Regional Kompas, tindakan keji yang menimpa kanak-kanak dari Indonesia ini hanya terbongkar selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian dubur ketika membuang air besar. Mengesyaki sesuatu perkara berlaku, ahli keluarga kemudian bertanya kepada mangsa.

Namun jawapan yang diberikan kanak-kanak berusia enam tahun ini sangat mengejutkan. Mangsa mendakwa telah diliwat dan dicabul sebanyak empat kali di sekolah oleh pengurus Yayasan. Susulan daripada pengakuan tersebut, ahli keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kubu Raya iaitu AKP Jatmiko, pihaknya telah menerima laporan tersebut dan siasatan berhubung kes ini masih dijalankan.

Ketika ini siasatan kes sedang dijalankan untuk menyiasat pelaku liwat tersebut. Kami tidak boleh sewenang-wenangnya menetapkan pelaku yang didakwa sebagai suspek.

Oleh hal demikian, beliau meminta agar ahli keluarga mangsa sabar sementara menunggu siasatan pihak polis.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×