berita

‘Mereka Berpura-Pura Tidur’ – Perogol Bersiri Indonesia Dedah ‘Fantasi Jijik’ Rogol 48 Lelaki

January 7th, 2020 | by faris
Isu & Kontroversi

Seorang lelaki Indonesia Reynhard Sinaga digelar ‘predator seksual setan’ kerana telah merogol sejumlah 48 lelaki dengan 159 dakwaan ke atasnya. BBC Indonesia melapor lanjut mengenai kes yang berlangsung sejak Jun 2018 sehingga Disember 2019 lalu itu.

Tak mengaku rogol

Reynhard memaklumkan mahkamah bahawa dia menikmati ‘mempenetrasi lelaki dan bermain dalam fantasi seks saat mereka berpura-pura tidur. Malahan, dia juga menyangkal dakwaan telah melakukan jenayah rogol.

Lelaki yang melanjutkan pelajaran di England itu berkata penetrasi ke atas mangsa-mangsanya adalah dipersetujui dan mereka didakwa sedar ketika hubungan seksual itu berlaku. Perlakuan intim itu turut dirakamkan menggunakan 2 telefon bimbitnya untuk jarak jauh dan dekat.

Pendakwaraya berkata semua lelaki yang dirakam tidak menunjukkan reaksi ketika Reynhard beraksi, dan dia mengatakan mangsanya itu pura-pura tidur.

Dakwa mangsa menikmati

Lelaki 36 tahun ini juga mengakui suka melakukan fantasi seks dan mendakwa mangsanya menyukai dipenetrasi olehnya.

Saya menikmati memfilmkan saat saya berhubungan seks. Saya menikmati mempenetrasi pria dan bermain fantasi seks saat mereka berpura-pura tidur.

Lelaki yang saya temui, mereka menikmati dipenetrasi.

Mangsa turut terdiri lelaki ‘lurus’

Mangsanya terdiri daripada lelaki kulit putih dalam lingkungan umur 21 tahun yang kelihatan tidak sedarkan diri setelah dikhayalkan dan ada sebahagiannya kedengaran mendengkur. Namun, Reynhard menafi bunyi itu adalah dengkuran namun sebahagian ‘permainan seks’.

Tertuduh juga menafikan dia membeli ubat GHB (gamma hydroxybutyrate) untuk membius mangsanya.

Reynhard berkata, mangsanya turut terdiri dari 13 lelaki heteroseksual yang menjadi saksi dalam perbicaraan itu.

Mungkin menyesali atau merasa malu tentang itu melakukan hubungan seks dengannya…namun pada malam saat kami setuju melakukannya, mereka tahu apa yang terjadi.

Sumber: BBC Indonesia 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×