berita

‘Mereka Rancang Hantar Kami Ke Kompleks Tabung Haji…’ – Ibu Mangsa Kemalangan Motor Highway Federal

July 24th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kemalangan melibatkan sepasang suami isteri di lorang motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke arah ibu negara mendapat perhatian netizen. Menurut laporan, mangsa terkorban Hamadi Zakaria dan Nur Syuhadah Zaini tidak sempat untuk mengelak lalu terbabas sebelum merempuh penghadang kiri jalan.

Bagaimanapun, jenazah Hamadi Zakaria dan Nur Syuhadah telah dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kehadiran lebih 50 kenalan mangsa.

Terlalu sedih, saya reda

Kemalangan itu dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 pagi, Selasa di lorong motorsikal Lebuhraya Persekutuan. Ibu dan ayah kepada mangsa Hamadi Zakaria tidak dapat menahan kesedihan dengan pemergian anak lelaki dan menantunya itu.

Terlalu sedih namun saya sekeluarga reda dengan kemalangan yang mengorbankan nyawa anak dan menantu.

Saya dan isteri akan berangkat mengerjakan ibadah haji, hari ini dan kedua-dua mereka sudah merancang untuk menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji (TH), namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya.

Tragedi lebuhraya

Infografik kronologi

Tambah ayah mangsa lagi, anak dan menantu akan menaiki motosikal setiap hari untuk ke tempat kerja. Kedua-dua jenazah telah dibawa ke Madrasah Hidayah, Seksyen 11, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Inilah yang dinamakan ketentuan. Saya reda dengan apa yang berlaku.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×