berita

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Tawar Diskaun Kaw-Kaw sehingga 80%!

December 24th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Jualan akhir tahun sememangnya dinantikan terutamanya kaki shopping dan korang yang sukakan pembelian berbaloi. Masa-masa begini, banyak pusat beli-belah dan pelbagai jenama menawarkan potongan sehingga 80% tau. Huishhh.. boleh juling mata!

Bagi kaki shopping, korang wajib datang ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Mereka punya sale maha dahsyat. Banyak jenama terkemuka antarabangsa tawarkan harga tak masuk akal. Harga runtuh, menjunam-junam!

Outlet COACH dah dibuka, yeay!

Ha.. jangan pelik pulak bila datang Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, korang nampak ada outlet COACH di sana. Outlet ini baru saja dibuka bagi memenuhi permintaan korang yang nak beli produk-produk COACH terutama sekali beg tangan keluaran mereka.

Pelbagai jenama pada harga luar biasa!

Selain itu, banyak jenama-jenama terkemuka antarabangsa yang buat sale seperti Swarovski, Beauty Scents, GEOX RESPIRA, Tefal, The Cosmetics Company Store, Tomy Hilfiger, Travel For All, Clarks dan banyak lagi. Rugi kalau korang tak beli.

Clarks Year End Sale, diskaun sehingga 80%!

Bagi penggemar kasut jenama Clarks, inilah masa terbaik korang nak borong kasut mereka. Clarks memberikan diskaun sehingga 80%, di mana harga kasut untuk orang dewasa boleh didapati pada harga serendah RM89 dan kasut kanak-kanak pada harga RM39.

Bukan itu saja, bagi pembelian 3 pasang kasut, korang akan menikmati 25% diskaun tambahan. Manakala, bagi pembelian 2 pasang kasut, korang akan dapat 15% diskaun tambahan.

Clarks Fair berlangsung di Tropical Plaza, Ground floor. Jadi, pastikan korang serbu ramai-ramai kerana stok terhad. Siapa cepat dia dapat!

**Clarks Fair tamat pada 3 Januari.
** Tertakluk terma & syarat.

Ada cash back untuk setiap pembelian**

Di samping promosi, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang juga nak beri korang pulangan tunai bila korang berbelanja. Mereka menganjurkan dua kempen cash back iaitu Cash Back Christmas Eve yang bermula daripada 24 hingga 27 Disember 2020 dan Count Down Cash Back yang berlangsung pada 31 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Bagaimana nak menikmati cash back ni? Korang hanya perlu berbelanja sepanjang sale berlangsung minimum sebanyak RM200 dalam dua resit di mana-mana outlet yang terdapat di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

Lepas tu, korang datang dan claim je dekat Information Counter, Sunshine Square. Kaunter dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

** Tertakluk terma & syarat.

Ada peraduan Belanja & Menang!

Di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang juga sedang berlangsung peraduan Spend & Win. Ada banyak hadiah yang menanti korang termasuklah 2 buah kereta Toyota Vios, sebuah motosikal Vespa dan 2 buah motosikal Honda Beat.

Cara penyertaannya pun mudah je! Korang cuma perlu belanja minimum RM300 dalam dua resit dan korang layak untuk sertai peraduan ini. Mudah kan?

Tunaikan impian mereka yang memerlukan!

Sempena menjelangnya perayaan Hari Natal, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang juga ada menjalankan kempen Dreams Come True, di mana korang boleh membantu memberikan hadiah buat anak yatim dan kanak-kanak daripada House of Joy.

Apa yang korang perlu lakukan ialah dapatkan wish card di gazebo yang telah dihias cantik berdekatan Sunshine Square. Kemudian, beli hadiah yang tertera pada wish card atau beli sahaja apa-apa hadiah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang dan jangan lupa untuk tagging hadiah tersebut dengan nama kanak-kanak yang korang dah pilih.

Selepas itu, korang serahkan hadiah tersebut ke kaunter maklumat di mana hadiah tersebut akan dibalut secara percuma.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jomlah berkunjung ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sekarang sementara sale hujung tahun masih berlangsung.

Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi yang Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ada. Korang klik saja link di bawah.

Website: Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang.

SKIP THIS AD ×