berita

Obses Nak Anak, Wanita Sanggup Belah Perut Rakan Sarat Hamil & Larikan Bayi

September 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita dari negara Brazil yang sedang sarat hamil 9 bulan ditemui maut dalam keadaan yang sangat tragis. Perutnya telah dibelah dengan kejam oleh rakan sekolah semasa majlis baby shower yang dianjurkan mereka.

Perut dibelah

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, mangsa yang dikenali dengan nama Flavia Godinho telah diumpan kononnya terdapat satu majlis sambutan ‘baby shower’ yang diadakan khas buatnya. Tetapi lain pula yang jadi apabila Flavia tiba-tiba diserang suspek ketika tiba di bandar Canelinha, Brazil. Difahamkan, sambutan itu sepatutnya turut dihadiri oleh 2 orang lagi rakan yang lain tetapi mereka dimaklumkan bahawa majlis berkenaan sudah dibatalkan.

Mangsa yang berusia 24 tahun itu telah diserang menggunakan batu bata sebelum perutnya dibelah dan bayi dikeluarkan. Mayat mangsa dibuang di kawasan tembikar yang terletak di kejiranan Galera selain bayi itu dilarikan oleh suspek. Mayat mangsa kemudian telah ditemui oleh suami dan ibunya.

Suspek telah ditahan polis

Menurut sumber, suspek dan suaminya telah ditahan oleh pihak polis berhubung dengan kes berkenaan. Suspek walau bagaimanapun mengakui telah menculik bayi berkenaan dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hasil daripada pemeriksaan mendapati bayi berkenaan telah diberi antibiotik dan ubat sakit untuk kecederaan yang dialami ketika dia dibelah dari perut ibunya.

Menurut suspek, dia nekad melakukan perbuatan kejam itu kerana terlalu obses mahukan anak selepas mengalami keguguran pada Januari lepas. Detektif yang bertanggungjawab iaitu Paulo Alexendre Freyesleben e Silva mengesahkan bahawa mangsa maut disebabkan luka tajam pada perut disebabkan batu bata yang digunakan suspek. Mayat mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Canelinha dalam upacara ringkas.

Sumber: Daily Mail, New York Post

SKIP THIS AD ×