berita

Osbon Punca Penjualan Tiket Lawak Ke Der Kurang?

October 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Lawak Ke Der 2, kini muncul kembali dengan intipati menarik yang sedikit sebanyak mampu memberi teladan dan nilai-nilai murni kepada para penonton.

Namun, terdapat beberapa isu yang dikupas sekaligus memberi bahang kepada pengarah Lawak Ke Der dalam menjawab beberapa spekulasi yang timbul.

Musim lalu, Osbon pernah dipilih untuk membuat persembahan dalam Lawak Ke Der selama dua hari bagi menggantikan Jozan. Bagaimanapun, mereka tiada untuk musim kedua. Justeru, timbul pula desas-desus yang mengatakan ketiadaan Osbon dalam Lawak Ke Der 2 kerana kemunculan mereka akan mengurangkan penjualan tiket dan ada yang berkias kononnya mereka meminta bayaran yang tinggi. Menerusi temubual yang dijalankan, Pengarah Lawak Ke Der iaitu Hans Isaac menafikan kedua-dua spekulasi berkenaan.

“Buat masa ini, hanya Jozan, Nabil, Boboi dan Harith Iskander sebagai muka utama Lawak Ke Der.”

Beliau berkata, kumpulan Osbon telah dipilih untuk melakukan persembahan untuk Lawak Ke Der musim pertama kerana pada ketika itu, kumpulan Jozan tidak dapat membuat persembahan. Justeru, isu berkaitan pemilihan Osbon tidak sepatutnya ditimbulkan sama sekali.

Ini juga merupakan strategi pihak Lawak Ke Der menyelitkan pelawak-pelawak baru bagi mencuba tahap penerimaan penonton terhadap lawak yang dipersembahkan sebagaimana mereka memilih Osbon untuk Lawak Ke Der musim pertama.

Selain itu, Hans Isaac turut menyatakan kemungkinan besar pihak Lawak Ke Der 2 akan membawa Douglas Lim untuk membuat persembahan kepada penonton dalam Lawak Ke Der 2.

SKIP THIS AD ×