berita

Pegawai Didakwa Terima RM300 Ke RM3,500 Sebulan Lindung Kedai Haram Sungai Buloh

August 11th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Susulan dakwaan aktiviti rokok seludup serta operasi perniagaan haram di Sungai Buloh, tiga pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai penguat kuasa tersebut dikatakan mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan tertentu.

Artikel berkaitan : SPRM Pandang Serius Video Viral, Ambil Tindakan Pegawai Lindung Aktiviti Haram

Menurut laporan Harian Metro, pegawai berusia 41 sehingga 49 tahun itu ditahan di pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan berhubung kes.

Akan dihadapkan ke mahkamah

Sekadar gambar hiasan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan yang dibuat. Beliau juga tidak menolak kutipan rasuah secara bersindiket dijalankan dalam kalangan anggota.

Semua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Oleh itu, beliau menggesa pihak yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti rasuah tampil memberi kerjasama.

Bayar RM300 sebulan

Sekadar gambar hiasan

Harian Metro melaporkan lagi, perniagaan haram tanpa lesen itu beroperasi sejak 2019 dan dikatakan membayar wang rasuah secara bulanan.

Dua penguat kuasa dari Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam ditahan.

SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berketurunan Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.

Dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular menerusi dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh.

Tambah sumber, pegawai penguatkuasa yang ditahan dipercayai mengambil rasuah antara RM300 sehingga RM3500 sebulan bagi sebuah premis.

Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga ini.

Premis yang terlibat adalah kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×