berita

Pemilik Video Nasi Goreng Tak Hadap Populariti, Nafi Pengaruh Netizen Kecam Nabila Huda – ‘Artis Pun Saya Tak Follow’

October 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas pelakon Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil mendakwa ada pengguna TikTok yang menggunakan nama ‘Nasi Goreng Viral Nabila Huda’ tetapi tidak mengikut resepi asal, kali ini giliran empunya video tampil mempertahankan diri.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Berniat Untuk Mencaci & Mengutuk Masakan Awak’ – Nabila Huda Dikecam Gara-Gara ‘Bahan’ Resepi Nasi Goreng

Saya memang suka masak

Menurut pemilik akaun, dia berkongsi resepi nasi goreng dengan kaspyen ‘terpaling simple dan sedap’ pada 18 September 2021.

Tegas wanita itu, dia tidak menggunakan nama Abil dalam resepi itu ataupun sengaja ‘pancing’ netizen untuk membenci dan mengutuk di media sosial.

Kalau takda niat, jangan kongsi

Tambah wanita terbabit, dia sepatutnya yang marah kerana nasi gorengnya dijadikan bahan ketawa dan telah dikongsikan di akaun Instagram (IG) yang mempunyai 3 juta pengikut.

Dalam pada itu, pemilik video tersebut turut menekankan dia langsung tidak berminat untuk mengejar populariti. Katanya, video masakan yang dimuat naik itu sekadar untuk membantu kawan serta pengikut yang baru belajar memasak.

Sebelum ini, Abil dilihat tertawa kuat di Instagram Stories ketika menonton video masakan nasi goreng yang disediakan oleh individu itu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×