berita

Peminat Bandingkan Vokal Dengan Siti Nurhaliza, Shila Amzah Tak Suka & Minta Henti Provokasi

October 5th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Tindakan segelintir peminat yang membandingkan Shila Amzah dengan penyanyi lain ternyata mengundang rasa kurang senang pemilik lagu Memori Tercipta itu.

Artikel Berkaitan: Busana Dikatakan Mirip ‘Sniper’ PUBG, Shila Amzah Tak Kisah Asalkan Sopan

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Tabiat Kunyah Gula-Gula Berangin’ – Shila Amzah

Hentikan perbalahan

Semuanya bermula apabila seorang individu dipercayai peminat setia Shila yang mengeluarkan kenyataan vokal penyanyi tersebut mampu menamatkan kerjaya penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza.

Tweet tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menganggap ianya sebagai satu perbandingan melampau.

Peka dengan isu yang sedang hangat diperkatakan netizen, peserta Gegar Vaganza musim ke-9, Shila Amzah, bagaimanapun memohon individu yang terlibat untuk memadam tweet yang mencetus provokasi.

Kalau anda peminat sebenar, hentikan perkara (membandingkan) ini serta merta. Ayuh raikan semua bakat yang ada.

Peminat sebenar atau tidak?

Hasil carian pengguna media sosial, individu yang melakukan provokasi tersebut dikatakan bukanlah peminat sebenar kerana tidak mengikuti Shila Amzah di Twitter. Malah, peminat yang sebenar tidak akan membandingkan artis kesayangan mereka dengan penyanyi lain.

Difahamkan individu terbabit telah pun tampil memohon maaf.

Sumber: Shila Amzah

SKIP THIS AD ×