Semalam dunia dikejutkan dengan berita Pesawat Lion Air JT 610 terhempas, selepas berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi (waktu tempatan), sebelum dikatakan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi (waktu tempatan). Tragedi itu dipercayai telah mengorbankan 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.
Berhubung kejadian itu, individu ini telah menceritakan pengalamannya menaiki pesawat yang sama pada malam sebelum pesawat itu alami kemalangan.
‘Itu pesawat yang saya naik dari Denpasar ke Jakarta malam tadi..’
Seorang penumpang telah menceritakan pengalamannya serta beberapa insiden berlaku sebelum dia dan penumpang lain berlepas dari Denpasar ke Jakarta, malam sebelum pesawat Lion Air JT 610 dilaporkan terhempas. Menurut individu ini, jadual perjalanan terpaksa dilambatkan akibat beberapa masalah teknikal. Antaranya masalah penghawa dingin serta mesin beberapa kali mati.
‘Kita punya hak untuk tahu keadaan pesawat..’
‘Akhirnya tiba walaupun banyak masalah..’
Sudah bertanya kepada pekerja di sana, tetapi..
Sumber: Twitter @sitisofianaa