berita

Randy Pangalila Kini Bergelar Fighter MMA, Kalahkan Lawan Dalam Masa 39 Saat!

February 12th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Model dan pelakon seberang yang terkenal dengan drama Dalam Hati Ada Taman ini sudah mula berani menceburi diri dalam dunia fighter. Baru-baru ini, Randy Pangalila telah merangkul kemenangan dalam acara Mixed Martial Arts (MMA) yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

Malah, dia juga masih bergiat dalam dunia lakonan dan nyanyian tetapi lebih menfokuskan diri dalam acara MMA ini. Minatnya mula berputik kira-kira 6 tahun yang lepas setelah bertemu dengan jurulatih, Max Metino.

6 tahun membuahkan hasil

Malah, dirinya juga tidak menyangkakan untuk membawa pulang gelaran ‘Champion’. Dia berjaya dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Celebrity Match bagi kelas Feather Weight dengan masa 39 saat selepas mengalahkan Fajar Ibel. Perlawanan tersebut telah diadakan di Arena Britama, Jakarta.

Musuh dalam gelanggang

Kepsyen Randy menarik perhatian peminat di Instagram. Kata-kata semangat ditujukan buat rakan lawan, Fajar Ibel yang telah memberi saingan sengit. Tambahnya pula, dia mengakui Fajar merupakan rakan lawan yang kuat dan bersikap profesional.

Dia turut menghormati Fajar sebagai rakan artis tetapi dalam gelanggang mereka sejurus menukar identiti sebagai musuh untuk berlawan.

Semangat dari jurulatih

Menerusi laman Instagram peribadi, dia sempat mengucapkan syukur dan terima kasih buat jurulatih Max Metino kerana telah melatih dirinya menjadi seorang fighter dan beberapa rakan yang membantu selama di gym.

Credit: Instagram Randpunk

Most Read Today