berita

Rasa Badan Dicucuk Benda Tajam, Isteri Zul 2 By 2 Kena Sihir – ‘Seseorang Minta Maaf Kata Tak Nak Bersubahat’

March 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 sedih dan kesal apabila isterinya, Intan Maya menjadi mangsa ilmu hitam. Zul berkata, perkara yang menimpa isterinya itu sudah lama dan bukan kerana berkahwin dengannya.

Artikel berkaitan: Selepas 3 Tahun Menduda, Zul 2 By 2 Dedah Wajah Bakal Isteri, Netizen Doa Urusan Dipermudahkan

Artikel berkaitan: Zul 2 By 2 Sah Jadi Suami Maya ‘The Girls’ Selepas 3 Tahun Menduda

Kepala rasa macam nak pecah

Sekejap dia okey sekejap tidak. Nak masuk Asar saja dia mula mengadu sakit belakang, kepala rasa nak pecah, satu badan bisa-bisa, dicucuk benda tajam dan macam-macam lagi. Ia akan berlarutan sampai Subuh. Saya sudah bawa pergi klinik untuk pemeriksaan dan doktor beritahu dia tiada sakit apa pun.

Sampai tahap doktor bagi ubat tahan sakit, tapi Maya makan sampai lima biji sebab dia dah berguling-guling sakit.Dia selalu cakap nampak lembaga hitam. Nampak benda yang menyeramkan. Suatu ketika dia kata siapa pula berdiri depannya dalam keadaan berbungkus. Dia ingat saya sengaja nak takutkan dia. Lembaga itu ada bunjut di kepala. Dia raba-raba rupanya saya ada disebelah.

Menurut Zul, paling menguji apabila semasa berada di masjid untuk diijabkabul pada 22 Februari lalu, Maya memintanya membatalkan perkahwinan.

Nasib baik seorang kenalan, Kak Yati pujuk dia, suruh dia istighfar baca ayat al-Quran. Maya mengadu pada Kak Yati, perasaannya macam nak menjerit, nak mengamuk dan macam bengang dengan saya. Namun saya bersyukur kerana perancangan Allah kami berkahwin juga. Saya sedih masa Maya cakap dia tak nak kawin dan tak tahu kenapa dengan diri dia. Sebelum itu Maya terlantar sakit dan seminggu nak kahwin baharulah dia okey. Baru-baru ini dia masak lauk pauk boleh basi. Masak nasi pun tak menjadi. Sekarang sudah tiga hari rumah bau bangkai.

Tak nak bersubahat

Ujar Zul, selepas berubat dengan ustaz, mereka mendapat panggilan dari seseorang yang meminta maaf.

Dia kata tak nak bersubahat dengan orang yang sihirkan Maya. Dia takut nanti dekat Padang Mahsyar tak jumpa kami untuk mohon maaf. Saya dah naik angin masa itu kerana macam tiada kerja lain nak buat, tapi Maya sabarkan Zul supaya jangan marah dan berdendam. Alhamdulillah, ramai rakan-rakan di Instagram mesej saya beritahu tempat rawatan seperti Darul Syifa dan sebagainya. Insya-Allah saya akan ikhtiarkan sampai Maya pulih. Saya berjanji takkan sia-siakan dia.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×