berita

I Really Don’t Need You – Yuna Tujukan Pada Siapa?

June 10th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

SONY DSC

Ehem tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja Yuna memuat naik sekeping foto generik di laman Instagram miliknya yang memaparkan tulisan, ‘I Really Don’t Need You’ berserta kapsyen ‘Know Your Worth’.

Persoalannya sekarang ini, kepada siapa ayat tersebut ditujukan? Adakah untuk J bukan nama sebenar a.k.a Jules? Soalan lebih tepat lagi, apakah kemaskini berkenaan berkait rapat dengan kisah peribadinya dengan jejaka mat salleh berkenaan?

Screen Shot 2014-06-09 at 20.31.32

Screen Shot 2014-06-09 at 20.31.40

Menerusi salah satu komen peminat di gambar tersebut, ada yang berspekulasi mengatakan kemungkinan besar Yuna dan Jules atau nama sebenarnya Julian Schratter bergaduh.

Fotor060921311

Ada juga mengatakan gambar-gambar lama Jules di IG Yuna sudah dibuang dan penyanyi popular itu cuma meninggalkan sekeping foto mereka berdua sahaja. Tapi sayangnya, perkara itu tak dapat disahkan kerana Yuna sememangnya jarang berkongsi gambar ‘buah hatinya’ itu secara terbuka.

Tapi apa yang pasti, Jules sudah agak lama tak berkongsi gambar Yuna dengan peminat sejak dari April lagi. Apakah yang sedang berlaku antara diorang ni ya?

Screen Shot 2014-06-09 at 21.43.42

Hanya foto ini yang dijumpai di IG Yuna

Kalau ada yang masih ingat, sekitar bulan Jun tahun lepas Yuna seakan mengesahkan hubungan percintaannya dengan Jules menerusi tumblr.

Tetapi bila ditemubual oleh media mengenai keterbukaannya meluahkan perasaan, Yuna terus zip mulut dan enggan komen lanjut.

Apapun, kalau betul apa yang diteka oleh kebanyakan peminat, kita doakan yang terbaik untuk Yuna. Mungkin jodohnya tetap dengan jejaka Melayu, siapa tahu kan?

Kredit foto: Instagram Yuna

SKIP THIS AD ×