berita

‘Respects Our Culture & Religion’ – Sharifah Sakinah Tempelak Penganjur Acara Fesyen Tak Hormat Waktu Solat

August 29th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Sharifah Sakinah antara selebriti yang lantang memberi pendapat mengenai sesuatu perkara terutamanya melibatkan isu yang dialaminya sendiri. Baru-baru ini, dia telah menghadiri sebuah acara fesyen yang berlansung di ibu kota.

Selesai acara, pelakon ini menegur penganjur yang kurang sensitif terhadap waktu solat dan rehat makan tengah hari. Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran berani pelakon itu yang mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak.

I maybe not the best person…

Sharifah Sakinah menasihati supaya budaya dan agama perlu dihormati tidak kira apa pun bidang termasuk bidang hiburan sebegini. Malah, dia turut memberi cadangan kepada pihak penganjur acara itu untuk menyusun waktu rehat sebaiknya bertujuan untuk tetamu menunaikan solat termasuk solat Jumaat.

Tambahnya, dia turut berharap agar acara pada tahun hadapan perlu lebih teliti agar menghormati waktu untuk tetamu menunaikan solat atau berehat.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan lontaran pandangan dari Sharifah Sakinah.

Wajib tunjukkan contoh yang baik

For the first time, I agree

Sumber: Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×