berita

‘Saya Tak Rancang Untuk Mati’ – Jutawan Dedah Makan 80 Pil Setiap Hari Untuk Hidup Selamanya

June 6th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang jutawan teknologi mendedahkan bahawa dia tidak merancang untuk mati dan mahu kekal hidup buat selamanya.

Artikel Berkaitan: Gadis Kongsi Tips Turun 10kg Dalam Masa Sebulan, Paling Penting Kena Jaga Waktu Makan!

Makan 80 pil sehari

Memetik laporan The Mirror, jutawan yang dikenali sebagai Bryan Johnson, 45, mendedahkan dia kini mengamalkan memakan sebanyak 80 biji pil serta mineral setiap sehari hanya kerana ingin menjadi seperti seorang remaja yang berusia 18 tahun.

Bryan turut mendedahkan bahawa dia akan mengambil puri sayur dan akan tidur seawal 8.30 malam setiap hari.

Saya tak merancang untuk mati, saya mahu kekal hidup.

Bukan itu sahaja, Byran dikatakan turut membelanjakan wang sebanyak AS$2 juta (RM9.15 juta) setahun untuk membayar segala kos diet serta pakar untuk memantau organnya menerusi satu projek bernama ‘Project Blueprint’ yang diusahakannya.

Sumber: Mirror

SKIP THIS AD ×