berita

‘Selain Tekanan Darah Rendah, Kesan Di Mental Pun Teruk’ – Nourul Trauma & Takut Nak Peluk Orang Selepas Kena Covid

March 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Nourul Depp selesai menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas dijangkiti wabak Covid-19, baru-baru ini. Di Instagram, Nourul mengaku bahawa dia sedikit trauma selepas bebas daripada virus tersebut.

Artikel berkaitan: Hanya Demam Biasa & Alami Gejala Ringan, Suami Nourul Positif Covid-19

Jom peluk!

Anak anak dah peluk, husband pulak. Jom peluk! Trauma semacam lepas kena covid ni. Takut nak hug sebab takut infect orang lain. Ni lah satu kesan selain low blood pressure atau kesan lain. Kesan di mental tu yang teruk. Itu yang kena heal sekarang. Terfikir dengan semua yang kena. Betapa terjejasnya pemikiran. Be strong. Bangkit. Sekarang ni dah lebih kuat sebab dah kena sekali. Badan dah kenal virus dan jadi lebih kuat. Remember, what doesn’t kill you, will make you stronger.

Menurut Nourul, dia berasa takut untuk memeluk anak-anak dan suami selepas dijangkiti wabak Covid-19. Ini kerana, dia tidak mahu mereka dijangkiti virus tersebut. Tambah Nourul, sebagai salah seorang pesakit Covid-19, dia tidak dapat membayangkan bagaimana pemikiran pesakit yang lain tatkala dijangkiti wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, Nourul berdoa agar semua individu kuat dan bangkit melawan virus ini.

Happy for you

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa gembira sebaik sahaja mengetahui Nourul dan suami sudah sihat. Mereka mendoakan Nourul dan keluarga sentiasa dilindungi Allah tidak kira di mana jua mereka berada.

Sumber: Nourul

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×