Pada Oktober 2021, dunia hiburan Bollywood dikejutkan dengan berita anak kepada pelakon terkenal, Datuk Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan ditahan Biro Kawalan Narkotin (NBC) India selepas didakwa memiliki dadah.
Walau bagaimanapun, Aryan terlepas daripada pertuduhan tersebut pada Mei 2022 selepas tiada bukti kukuh menunjukkan anak kepada King of Bollywood itu memilik dadah.
Artikel Berkaitan: Pernah Diugut Bunuh Kumpulan Gengster, Shah Rukh Khan ‘Dilepaskan’ Sebab Terlalu Baik
Didakwa setuju bagi duit kopi?
Namun begitu, nama Shah Rukh Khan kembali menjadi bualan peminat-peminat di India selepas mendakwa pelakon itu memberikan ‘duit tepi’ kepada penguatkuasa di Biro Kawalan Narkotin (NBC) India untuk menggugurkan pertuduhan kes dadah yang melibatkan anaknya, Aryan Khan.
Memetik laporan portal di India, SRK dilaporkan telah memberikan wang kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.
Ia susulan tangkapan dibuat pihak polis India terhadap Sameer yang didakwa telah meminta wang sebanyak sebanyak 250 juta rupee (RM13 juta) kepada SRK.
Lebih mengejutkan, Sameer juga dikatakan pernah berhubung dengan SRK melalui hantaran mesej berbincang mengenai kes pertuduhan Aryan selepas tularnya hantaran mesej mereka di media sosial.
Sesetengah pengguna media sosial percaya bahawa dakwaan tersebut adalah benar berdasarkan gaya hidup mewah ditampilkan Sameer selain kerap bercuti di luar negara dipercayai menggunakan wang rasuah.
Sekadar info, Aryan, 25, ditahan bersama tujuh rakannya yang lain di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai atas dakwaan penyalahgunaan dadah pada Oktober 2021 yang lalu dan kemudiannya menghabiskan masa selama hampir tiga minggu di dalam penjara.
Selepas 28 hari ditahan, Aryan dibebaskan selepas hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya.
Hantaran mesej yang tular
Sameer Wankhede files a petition in Bombay High Court, attaches his chats with actor Shah Rukh Khan in the petition….
Here are Chats Shahrukh & Sameer pic.twitter.com/2oVsUW5GXF
— Abhishek Dwivedi /?????? ???????? ?? (@Dubeyjilive) May 19, 2023