berita

Siti Hafiza Tak Tahu Hubungan Istimewa Aliff, Percaya Ruhainies Hanya Nak Tolong? – ‘Dia Dibenci, Dihentam Sebab Awak’

April 25th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sarah Yasmine iaitu wanita yang mendakwa dirinya adalah kekasih Aliff Aziz mendakwa ibu kepada penyanyi kelahiran Singapura itu sebenarnya tidak tahu bahawa anak lelakinya itu mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Ruhainies.

Artikel Berkaitan: Ruhainies Tak Bagi Aliff Aziz Pulangkan Kereta Bella, Tunggu Sampai Kena Tarik? – ‘Hantar Kedai, Buang Semua Recorder’

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Diuji Macam Ni, Mungkin Saya & Awak Kurang Ingat & Berharap Pada Allah’ – Aliff Aziz

‘Mak awak dibenci kerana..’

Menerusi perkongsian tersebut, Sarah Yasmine mendakwa ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza sebenarnya tidak tahu Aliff menjalinkan hubungan dengan Ruhainies sebaliknya dia percaya bahawa aktres itu hanyalah mahu membantu anaknya itu.

Paling menyedihkan apabila ibu awak sendiri tidak tahu kebenaran. Saya sendiri yang memberitahu dia dan keluarga awak bahawa awak dan perempuan itu (Ruhainies) mempunyai hubungan.

Mak awak dibenci kerana dia mahu percaya awak (Ruhainies) hanya membantu Aliff.

Dalam pada itu, Sarah akui tidak sanggup melihat Siti Hafiza iaitu sosok seorang ibu terpaksa menanggung kebencian dan kecaman orang ramai dek perbuatan anak lelakinya itu dan Ruhainies.

Kalau dia ibu saya, saya tak sanggup tengok dia kena kecam, dibenci. Ibu adalah orang yang paling penting dalam hidup semua orang.

Menerusi perbualan tersebut, Ruhainies dan Aliff turut berbincang tentang kenyataan yang dikeluarkan Bella berhubung masalah keluarganya termasuk isu Siti Hafiza yang sudah tidak mengikuti atau ‘unfollow’ Instagramnya.

Perbualan WhatsApp

Sumber: IG Sarah Yasmine

SKIP THIS AD ×