berita

Syafiq Yusof Akui Kasihan Dengan Ujian Yang Ditimpa Syamsul Yusof – ‘Tiada Manusia Yang Sempurna’

April 17th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pengarah berbakat besar Syafiq Yusof iaitu adik kepada Syamsul Yusof akui ujian yang ditimpa abangnya merupakan hal yang baru buatnya kerana hanya satu isu, semua ‘menembak’.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Syafiq Yusof Dikurniakan Anak Lelaki Pertama

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Mesra Tegur Media, Puteri Sarah Reda & Happy

Artikel Berkaitan: Enggan Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Abang, Syafiq Yusof Mengaku Tak Pernah Jumpa Ira Kazar

Raya bersama

Ketika ditemui OhBulan!, Syafiq Yusof, 31, memaklumkan akan ke rumah abangnya, Syamsul untuk beraya bersama. Tambahnya, dia berharap agar kesemua keluarganya turut berkumpul sama pada hari raya nanti.

Apa jadi sekalipun, raya ini saya akan jumpa abang saya. Saya akan beraya dengan dia. Saya harap keluarga saya kembali baik-baik. Tiada manusia yang sempurna. Harapnya di hari raya, kita bermaaf-maafan.

Harapnya kali ini semua (keluarga) ada lah.

Syafiq berkata demikian ketika majlis pelancaran filem Polis Evo 3 di Six In The City, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Kahwin satu sahaja

Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Syamsul, Syafiq menyatakan hubungan mereka baik seperti biasa.

Tambah pengarah Polis Evo 3 itu, dia perlu ada untuk memberi sokongan moral kepada Syamsul.

Sebelum ini, saya sebagai adik saya kesian tengok dia (Syamsul). Sebab dia diserang kiri kanan depan belakang atas bawah.

Tiada manusia yang sempurna. Tapi disebabkan manusia itu seorang artis, popular, berjaya, buat filem berjuta-juta, bila ada kesilapan yang sebenarnya ramai orang buat, tapi dia di ‘attack‘ secara berterusan. Mungkin ini ujian untuk dia.

Sebagai adik, saya kena bagi ‘moral support‘. Kalau tidak, dia seperti sorang-sorang menghadap tomahan.

Menurut Syafiq, hal yang terjadi ini merupakan suatu yang memenatkan untuk sebuah institusi keluarga kerana kes yang berlarutan.

Dalam pada itu, Syafiq memaklumkan dari awal perkahwinannya, dia hanya berniat untuk mengahwini seorang wanita yang dicintainya sahaja sehingga syurga.

SKIP THIS AD ×