berita

Tak Nak Rasa Rugi Bila Beli Barang? Ini 5 Tips Untuk Jadi Pembeli Dalam Talian Yang Bijak!

November 11th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Dalam era ‘dunia di hujung jari’, segala-galanya sangat memudahkan. Hampir keseluruhan urusan atau permintaan boleh dipesan dari rumah dengan hanya menggunakan telefon bimbit saja. Semuanya boleh diselesaikan dengan hanya satu klik saja.

Tapi, ada juga risiko yang perlu ditanggung oleh pengguna yang nak membeli barangan secara atas talian ni. Sebelum membeli sesuatu barang, pastikan korang kaji terlebih dahulu supaya tak rasa rugi bila nak membeli. Ha.. kalau korang nak tahu macam mana? Jom ikut tips dekat bawah ni. 

1. Beli dari laman web yang dipercayai

Kalau korang sejenis kaki online shopping, mesti korang tahu ada banyak laman web beli-belah dalam talian yang popular di Malaysia. Setiap laman web mesti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Memandangkan korang tak boleh nak menilai barangan yang nak dibeli dengan lebih terperinci menerusi pancaindera, apa yang boleh buat ialah berhati-hati dalam memilih platform beli-belah. Kalau memang dipercayai, barangan yang korang nak beli juga pasti terjamin kualiti dan ketulenannya.

2. Baca review sebelum beli

Sesiapa pun yang nak membeli barang secara online mesti ada trust issue. Nak membeli tapi takut ditipu, dapat barang tak serupa macam dalam gambar atau sebagainya.

Sebagai pelanggan, korang berhak mendapat layanan dan servis seperti mana yang dimahukan. Lagipun korang bayar apa yang korang nak, bukannya minta secara percuma kan? Jadi seeloknya, sebelum membeli korang bacalah review daripada pelanggan lain dulu. Bila korang dah yakin, boleh teruskan shopping!

3. Beli melalui kupon atau program ganjaran

Bagi menggalakkan orang ramai untuk berbelanja secara online, sesetengah penjual akan menawarkan kod diskaun. Jadi, sebagai pembeli yang bijak, cuba korang cari dulu di internet manalah tahu kalau-kalau boleh jumpa kod diskaun.

Tak kurang juga dengan ganjaran yang ditawarkan oleh seetengah peniaga. Jadi, jangan lepaskan peluang korang dengan membeli secara bijak sambil berjimat.

4. Buat perbandingan harga

Sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli sesuatu produk, perkara pertama yang mesti korang buat ialah membuat perbandingan harga.

Cari mana-mana penjual yang memberikan harga terendah untuk produk atau barangan yang korang nak. Barulah berbaloi!

5. Utamakan kualiti berbanding jenama

Kebanyakkan barangan yang ada di pasaran dijual dengan harga yang agak tinggi kerana faktor jenama. Jenama produk yang terkenal seolah-olah memberikan mereka lesen untuk mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding produk yang dikeluarkan oleh syarikat pesaing.

Sedangkan apa yang korang perlukan bukan sekadar jenama atau logo yang mudah dikenali, sebaliknya produk yang berkualiti. Bukan apa, korang beli barang nak pakai lama. Bukan sebab jenama gah tapi kualiti tak bagus pun, betul tak?

Nikmati diskaun 20% dengan GrabPay!

Haa, yang mana kaki shopping tu, sempena jualan 11.11 korang boleh dapat ganjaran dan nikmati potongan 20% tambahan (sehingga RM30) kalau korang berbelanja dalam talian dengan GrabPay.

Tak susah pun, lepas je korang check out nak bayar, automatik promo tu akan keluar di GrabPay korang. Nak lagi mudah ikut je cara dekat bawah ni.

Minimum harga pembelian ialah RM120, banyak juga yang korang boleh save! Dahlah mudah, jimat pulak tu! Tapi kena ingat, dari 11 November hingga 24 November je valid tau! Ini antara kedai yang ada tau:

Bukan pengguna GrabPay atau first time? Tak perlu risau!

Untuk pengguna kali pertama atau korang yang membuat pembelian dalam talian pertama dengan GrabPay, jangan risau guys! Korang juga boleh nikmati rebat sehingga RM15 kalau korang spend minimum RM60. Wow, bestnya!

Ia juga adalah sah untuk korang yang first time membuat pembelian melalui mana-mana peniaga dalam talian yang menerima GrabPay

Bukan tu je, korang juga boleh dapatkan GrabReward Points dengan GrabPay. Ha, best kan? Memang sangat mudah untuk korang kalau membeli-belah dalam talian sebab tak perlu nak keluarkan kad atau guna perbankkan dalam talian.

Hanya dengan membuat pengesahan selamat melalui telefon korang atau aplikasi Grab je dah settle! Tunggu apa lagi tu? Shopping di kedai favourite korang dan bayar dengan GrabPay serta nikmati tawaran hebat dari mereka sekarang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web GrabPay!

SKIP THIS AD ×