berita

Tak Sabar Nak Cucuk Vaksin, Ini Antara Fesyen Yang Korang Boleh Gayakan. Mudah, Selak Je!

February 25th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui, kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Februari yang lalu dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan juga telah dilangsungkan semalam. Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah adalah antara individu terawal menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Artikel Berkaitan: Pensyarah Perubatan Saran Wanita Mengandung, Menyusu Bayi Tangguh Ambil Vaksin Covid-19

Artikel Berkaitan: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula 24 Februari Ini

Susulan daripada itu, isu vaksin ini telah menjadi perbincangan hangat netizen di media sosial. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia seakan tidak sabar menanti suntikan tersebut malah apa yang lebih menarik perhatian adalah satu tweet kompilasi fesyen yang boleh digayakan ketika mengambil vaksin. Pergi suntikan vaksin pun masih boleh bergaya tau!

Fesyen ‘tunjuk’ bahu

Untuk fesyen ini sangat sesuai ya untuk korang yang free hair. Mengenakan baju off shoulder memang memudahkan vaksinator untuk membuat suntikan di bahu korang. Tak perlu nak selak-selak baju dah, mudah kan? Terpulang lah pada korang nak pakai fesyen off shoulder yang mana tapi pastikan bahagian bahu senang untuk diselak tau!

Boleh adjust cardigan, nampak classy

Fesyen seterusnya sesuai untuk wanita free hair dan berhijab. Sebab fesyen cardigan yang digunakan model ini boleh di adjust ikut keselesaan masing-masing. Kalau yang berhijab, korang tak perlu lah jadikan baju ini sebagai off shoulder, biarkan je tertutup tapi bila nak ambil suntikan vaksin nanti baru buka. Gaya hijabista!

Baju ‘kepok-kepok’ ini pun sesuai dipakai untuk wanita free hair. Sebab kain bahagian bahu  agak jarang, jadi senang lah nak suntik. Fesyen ni nampak lebih classy dan bergaya.

Versi tutup aurat

Bergaya tapi dalam masa yang sama aurat masih dijaga okay! Ini fesyen abaya untuk wanita berhijab. Longgar, tidak jarang, labuh dan paling penting bahagian lengan besar jadi senang lah sentengkan lengan baju untuk suntikan vaksin tu nanti. Kalau korang nak tahu, dalam banyak-banyak ini lah fesyen paling ‘muslimah’ tau!

Seksi dan bergaya


Fesyen berkemban pun nampak menarik tapi korang berani ke nak pakai macam ni? Kalau korang berani, no hal! Lagi senang vaksinator nak suntik. Pilih je nak bahu kiri ke kanan!

Kemudian fesyen ‘jala ikan’, boleh digayakan untuk lelaki dan wanita. Disebabkan kainnya jenis jarang dan berlubang-lubang, korang tak perlu sentengkan lengan dan sebagainya. Vaksinator sendiri akan pilih mana satu bahagian lubang yang sesuai untuk disuntik. Jadi tak perlu lah susah-susah okay. Serahkan je dekat vaksinator.

Fesyen mak-mak pun ada tau!

Fesyen baju kelawar pula sesuai untuk mak-mak. Ye lah, diorang kan suka pakai baju kelawar, dekat dalam almari tu mesti banyak stok baju kelawar kan? Jadi korang tak perlu lah membazir nak beli baju lain untuk suntikan vaksin nanti, pakai je baju yang mana ada. Baju kelawar selesa tau! Dah lah longgar, fabrik yang digunakan pula jenis lembut jadi memang tak panas dan tak berpeluh. Lengan baju pun senang ditarik. Fesyen ini sangat recommended untuk ibu-ibu.

Untuk hijabista

Sumber: XXXbyefelicia

SKIP THIS AD ×