Tidak dinafikan bahawa kemelesetan ekonomi memberi impak kepada setiap rakyat Malaysia yang cuba bangun semula selepas waktu pandemik menjejaskan ekonomi negara dan dunia.
Kadar inflasi tinggi dan kadar ekonomi perlahan bagi Malaysia menjadi kebimbangan bagi setiap rakyat Malaysia yang hilang kemampuan bagi menampung perbelanjaan harian.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) Governor, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, “untuk 2023, kami melihat beberapa cabaran kepada pertumbuhan ekonomi, terutamanya pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan dan kadar Inflasi dijangka berkisar antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023”.
Sudah lazim bagi rakyat Malaysia untuk bersiap sedia bagi mengharungi waktu ini dengan memulakan tabung simpanan. Tapi, korang semua yang belum terapkan lagi budaya menabung tahu tak ada kaedah mudah untuk menerapkan budaya menabung dalam diri korang semua.
Jom admin share 3 kaedah mudah untuk korang belajar menabung, sekaligus mendisiplinkan diri korang. Yang lagi best, korang berpeluang memenangi sebuah kereta continental tau!
1. Pelan tabung berwarna menerapkan sikap menabung secara mudah!
Admin faham untuk mengawal diri daripada membeli bukan perkara yang mudah. Lagi-lagi pelbagai platform online shopping memudahkan kita untuk membeli belah walaupun berada di dalam rumah.
Korang boleh mulakan amalan menabung ini dengan menyediakan sebuah tabung berwarna mengikut warna wang kertas. Sebagai contoh, korang asingkan duit kertas RM1 berwarna biru setiap hari untuk 3-6 bulan sampailah tabung korang penuh.
Barulah korang keluarkan 20% daripada jumlah itu untuk self-reward dan simpan selebihnya dalam tabung. Korang juga boleh buat lebih dari satu tabung berwarna mengikut keselesaan dan keupayaan korang tanpa memberi kesan kepada komitmen bulanan.
Kaedah ini memudahkan bagi korang yang ingin belajar menabung serta menerapkan disiplin dalam diri sebelum melakukan sebarang perbelanjaan yang besar.
2. Formula 50/30/20 untuk mengawal perbelanjaan korang dengan lebih efektif!
Memasuki alam pekerjaan merupakan fasa baharu yang janggal dalam kehidupan dewasa kerana korang mendapat gaji bulanan serta perbelanjaan bulanan yang seringkali menjadi masalah am dalam fasa kehidupan ini.
Kalau korang tidak mengawal perbelanjaan, nescaya korang akan dibelenggu dengan masalah seperti hutang dan bakal menjejaskan kualiti kehidupan korang semua. Jangan risau, korang hanya perlu menggunakan formula 50/30/20 untuk memudahkan perbelanjaan bulanan serta komitment bulanan.
Untuk kaedah ini, korang perlu asingkan gaji bulanan:
- 50% untuk perbelanjaan serta komitmen bulanan
- 30% untuk keperluan bulanan
- 20% untuk simpanan seperti tabung kecemasan atau tabung pendidikan seperti Simpan SSPN
Formula ini mengajar kita untuk menjaga aliran keluar masuk perbelanjaan kita lebih tepat dan mengawal sikap boros supaya tidak terlebih belanja.
3. Sebelum korang kena ‘racun’ untuk beli barang, gunakan kaedah ‘3-Day Rule’ sebelum belanja!
Korang pasti boleh relate, apabila korang impikan untuk menghadiakan diri dengan membeli telefon baru ataupun baju baru yang melebihi budget bulanan korang.
Korang perlu terapkan kaedah ‘3-Day Rule’ sebelum korang mengeluarkan duit untuk berbelanja kerana ia memberikan korang masa dan ruang untuk membezakan keperluan ataupun kehendak kita.
Kaedah ini juga mengajar korang untuk tidak melakukan sebarang keputusan secara memburu-buru dan melakukan keputusan yang bijak dalam mengurus duit korang. Korang hanya tunggu sekurang-kurangnya 3 hari untuk membuat keputusan sama ada barang itu keperluan ataupun hanya untuk memuaskan nafsu membeli korang sahaja.
Terapkan budaya menabung dengan menyimpan dalam Simpan SSPN dan korang berpeluang untuk menang sebuah kereta continental! Biar betul!
Sejak ditubuhkan pada 1 November 1997, PTPTN memberi fokus utama dalam membudayakan amalan penabungan untuk merancang kewangan untuk rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
Korang boleh menabung dengan menyimpan wang dalam Simpan SSPN dan bukan itu sahaja tau, PTPTN juga turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN.
Kempen ini merupakan program signature tahunan PTPTN bagi menghargai pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, seramai 350 orang berpeluang untuk mendapat pelbagai hadiah lumayan yang ditawarkan oleh PTPTN.
Kempen ini terdiri daripada 3 kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri dengan hadiah bernilai hampir RM1 Juta. Hadiah apakah bakal menanti pemenang?
Bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak (1 Januari sehingga 31 Disember 2022)
- Hadiah utama berupa kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line
- Hadiah kedua berupa wang tunai RM100,000
- Hadiah ketiga berupa wang tunai RM50,000
- Hadiah saguhati berupa motosikal Honda Dash 125 untuk 22 pemenang
Bagi Cabutan Khas BabyKu Simpan (1 Januari sehingga 31 Disember 2022):
- Wang tunai RM1,000 menanti 250 pemenang
Bagi Cabutan Siri (1 Oktober 2022 sehingga 31 Disember 2022):
- Wang tunai bernilai RM2,525 menanti 25 pemenang
Bukan itu sahaja, untuk menyertai kempen ini sangat mudah! Korang hanya perlu ikuti langkah ini:
- Pastikan korang menyimpan dalam Simpan SSPN sama ada Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus.
- Korang perlu membuat simpanan bersih serendah RM50.00 dalam tempoh promosi untuk melayakkan korang mendapat satu (1) cabutan. Lagi banyak korang menyimpan, peluang korang untuk menang semakin bertambah!
Selain daripada berpeluang memenangi hadiah menarik, pendeposit Simpan SSPN, juga akan menikmati manfaat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful sehingga RM1.2 Juta, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, simpanan dijamin kerajaan, dividen kompetitif, simpanan yang patuh syariah dan banyak lagi.
Jadi, korang semua tunggu apa lagi. Jom kita menabung dalam Simpan SSPN sambil berpeluang untuk memenangi hadiah utama! Untuk sebarang maklumat serta info terkini, korang boleh muat turun aplikasi myPTPTN atau tekan link ini!