berita

Tertuduh Ketuk Pintu Bilik Air & Minta ‘Main’ – Firdaus Wong

July 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Saksi Ketujuh Dedah PU Azman Minta Seks Oral Sehingga….

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Percaya..Seorang Ustaz Tak Akan Buat Benda Maksiat Seperti Ini’ – Bapa Mangsa

Artikel Berkaitan: ‘PU Azman Suruh Anak Saya Ambil Minyak & Sapukan Di Bahagian Kemaluannya..’ – Ibu Mangsa

Artikel Berkaitan:Saksi Dakwa PU Azman Minta Mangsa Cium, Buat Seks Oral

Dicerita oleh mangsa

Firdaus Wong

Pada hari keempat perbicaraan di Mahkamah Sesyen hari ini, beliau yang merupakan saksi ke-10 memaklumkan kepada mahkamah, perkara terbabit diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa dalam pertemuan yang diadakan di Hotel Akapela, di Shah Alam pada 27 Ogos tahun lalu.

Seingat saya, saya ada tanya mangsa utama, adakah Cik Man ada meminta untuk diliwat dan dalam perjumpaan pertama di SACC Center 18 Ogos ketika itu dia kata tiada.

Tapi dalam perjumpaan di Hotel Akapela, mangsa tersebut memberitahu ‘uncle saya ingat balik saya pun ada’ selepas mangsa lain menceritakan bagaimana Cik Man meminta mangsa meliwatnya.

Jelas Firdaus, mangsa memberitahu dia tidak menceritakan kejadian itu dalam perjumpaan pertama kerana tidak ingat disebabkan kepalanya masih sakit akibat terlibat dalam kemalangan.

Malah katanya, kedua-dua mangsa juga dilihat geram dan marah terhadap insiden berlaku serta mahukan keadilan, namun takut sekiranya orang tidak percaya apa yang diceritakan.

Ini kerana Cik Man merupakan seorang selebriti dan sangat popular. Mereka juga bimbang jika buat laporan polis, akan di saman oleh tertuduh. Maka saya kongsi dengan mereka bahawa jika mahu dapatkan keadilan dan tegak kebenaran, mereka boleh buat laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Dipujuk oleh tertuduh

PU Azman

Dalam pada itu ditanya peguam Norman Mohd Nasir yang mewakili PU Azman, bagaimana kejadian liwat terbabit berlaku, Firdaus memberitahu yang mangsa menceritakan mereka telah dipujuk oleh tertuduh.

Bagaimanapun beliau tidak ingat jika mangsa ada memaklumkan berapa lama perbuatan terkutuk itu berlaku begitu juga bagaimana posisi badan tertuduh ketika kejadian berkenaan.

Yang saya ingat seorang mangsa beritahu, ketika dia sedang mandi di rumah Cik Man, tertuduh mengetuk pintu bilik air dan memintanya untuk buka dan berkata ‘akan dengan ayah pun nak malu’, kerana itu bahasa digunakan. Kemudian mangsa keluar bilik air dengan bertuala, tapi Cik Man kemudian minta ‘main’.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mempersoalkan perkataan digunakan mangsa ketika menceritakan kejadian berlaku sama ada ‘main’ atau liwat.

Firdaus menjelaskan yang diberitahu mangsa ialah ‘main’ dan perkataan liwat digunakan hanya untuk menggambarkan kejadian berlaku.

Hakim Datin Surita Budin sekali lagi mempersoalkan Firdaus bagaimana dia tahu berlaku liwat sedangkan mangsa menggunakan perkataan main dan beliau memberitahu ada juga istilah ‘main belakang’.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×