berita

‘Tiada Dapat Selamatkan Kita Selain Dari Allah’ – Isteri Kongsi Pengalaman Jaga Suami Covid-19 Sebelum Meninggal Dunia

April 4th, 2020 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Kisah kematian seorang pesakit positif Covid-19 yang berasal dari Melaka ini telah undang sebak dan mendapat perhatian ramai orang. Kisah dan pengalaman menguruskan arwah Hj Suhaimi Abdul Aziz yang diceritakan isterinya kepada Ali Russia ini sememang sukar untuk dihadapi oleh jiwa seorang wanita.

Suaminya itu juga mengigau dan nampak banyak kubur sedangkan apa yang dinampaknya itu adalah bangunan semata. Semua ini seolah petanda kepada perpisahan buat selama-lamanya.

Oksigen susah nak masuk

Covid-19 dan cerita dari isteri. Kisah As-Syahid korban Covid-19 dari Melaka. Al Fatihah… Diceritakan oleh isteri Allahyarham.

Keadaan arwah Suhaimi 15hb tu baik-baik saja, selera makan ada, cuma demam kejap panas kejap sejuk. Solat jemaah dengan dia Asar, Maghrib dan Isyak. 16hb lepas makan antibiotik dan beberapa jenis ubat lagi dia dah tak ada selera makan, mulai muntah, cirit-birit. 17hb X-ray telah diambil.

Hari ini dia semput lendir banyak dalam paru-paru dan oksigen susah nak masuk, dalam paru-paru hanya 88 hingga 90. Dia demam lagi dan saya beberapa kali lapkan dengan kain basah bila sejuk dia minta maaf dengan saya sebab katanya disebabkan dia, saya pun dapat virus.

Saya kata syukur la saya pun virus ni, dapat satu bilik dengan dia, tolong jaga dia, ambil temperature, buatkan air. Doktor kata saya boleh jadi Nurse dah, kalau sakit biasa-biasa mesti dipisahkan lelaki dan perempuan kan.

Dia kata nampak banyak kubur kat sana

Gambar sekadar hiasan

18hb dia duduk sebelah saya tengok keluar tingkap dia kata nampak banyak kubur kat sana, saya tengok itu bumbung bangunan saja. Hati tu ada terdetik seperti nak ada perpisahan. Lepas Zohor dia tidur mengigau, saya bangun dan dengar apa yang dia cakap, sangat jelas seperti sedang bagi bayang, katanya.

“Tiada yang dapat selamatkan kita selain dari Allah Lailahaillah Muhamadurrasulullah” dengan tangan yang diangkat seperti Syahadah.

Sebelum Asar, keadaan dia susah nak bernafas walaupun guna oksigen lalu saya panggil doktor, doktor kata kena bawa ke bilik sebelah sebab ada mesin pernafasan. Saya cuma pesan ucap kalimah Syahadah bang dan itulah ucapan terakhir yang saya dengar dari mulut dia sebelum ditidurkan.

19hb keadaan agak stabil, doktor tukar ubat lain setelah minta izin dari saya, ada sedikit lebih baik dari semalam. 20hb diambil X-ray ianya menunjukkan keadaan semakin merosot. 10.30 malam doktor suruh saya tengok suami sebab bila-bila masa saja jantung suami boleh berhenti.

Tubuhnya kurus, badan tak ada lebam

Gambar sekadar hiasan

Masa tengok tu badan dia besar, ye la macam yang biasa tengok saya kata saya redha jika dia pergi meninggalkan saya dan saya maafkan dia. Pukul 1.30 pagi doktor kejut saya dan kata mereka tak dapat selamatkan pakcik jantungnya sudah berhenti. Saya pergi tengok dia untuk kali terakhir.

Bila saya tengok rasa macam tak percaya, tubuhnya kurus macam budak umur 20an, wajah bersih, badan tak ada lebam-lebam, rupa pun macam budak muda. Saya redha, jenazah pun ringan dan kain kapan yang salah potong katanya kecil tapi Alhamdulillah cukup-cukup saja.

Pengurusan jenazah pun mudah Alhamdulillah. Lupa pula siapa yang ada tengok dalam TV atau YouTube nampak macam besar saja jenazah kan, itu dia orang dah letak kapas banyak. Adik ipar tolong angkat nak mandikan dari dalam van tu dia kata ringan boleh angkat 2 orang. Wallahualam… Al Fatihah. Semoga Allah Taala merahmati roh beliau dan memberi kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan. Amin.

Sumber: Ali Russia

The following two tabs change content below.