berita

Tok Ti & Suami Kena Kompaun RM10k, Selebriti ‘Keluarga Besar’ Ziarah Raya Pun Kena Juga!

May 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pihak polis dikatakan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat isu majlis tahnik yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk anak lelakinya. Majlis yang turut dihadiri oleh beberapa tokoh agamawan dan penceramah terkenal tatkala negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu ternyata mendapat perhatian ramai.

Artikel berkaitan: Polis Buka Kertas Siasatan Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

Artikel berkaitan: ‘Datuk K Ini Kawan Saya’ – Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Perjelas Isu Majlis Tahnik Anak, Ustaz Azhar Memang Ada Di KL, Menteri Agama Cuma Singgah

Terbaru, Tok Ti dan suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Semua dikenakan kompaun

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Terdahulu, kesemua individu kenamaan ini dipercayai hadir di majlis tahnik yang dianjurkan oleh Tokti dan suaminya. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Assisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, siasatan mengenai isu berkenaan telah dijalankan selepas pihak polis menerima satu laporan berhubung majlis tersebut. Pihak polis juga telah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Norman dan Abby dikenakan kompaun

Jelas Arjunaidi lagi, selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi turut dikenakan kompaun. Sebelum ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung gambar keluarga tersebut yang didakwa berziarah pada sambutan Aidilfitri. Keluarga tersebut juga dipercayai telah melanggar SOP yang telah ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×